Penjagaan Rambut Sebelum tidur
Berapa ramai yang tahu jenis sikat dan cara menyikat rambut sebenarnya mempengaruhi kesihatan rambut? DUNIA fesye rambut berkembang setiap minit. Sama ada anda seorang wanita atau lelaki, penting bagi anda untuk mengetahui penjagaan rambut yang betul dan mudah dilakukan di rumah.

Perkara asas yang harus dititikberatkan ialah cara menyikat rambut. “Ramai yang menganggap bahawa menyikat secara kerap boleh membawa kemudaratan” sedangkan masalah sebenarnya ialah penggunaan sikat yang tidak bermutu atau sikat mahal. Apa kata anda sikat rambut sebelum masuk tidur dan pada waktu pagi sebelum mandi. Ketika bersiap untuk ke tempat kerja, anda mungkin boleh guna jari untuk menggayakan stail rambut.
“Jangan sapukan gel atau minyak selepas rambut dicuci. Ini kerana anda tidak berupaya mengubah stail sehingga cucian seterusnya. Sebaliknya, biarkan rambut anda bebas untuk pelbagai stail sepanjang hari atau hari kedua.”

Gosok dengan jari
Caranya amat mudah. Selepas menyapukan syampu di atas kepala, gosok dengan hujung jari selama beberapa minit. Kemudian, gunakan sikat untuk disebar ke seluruh dan hujung rambut. Cuci hingga bersih dan sapukan perapi rambut di atas rambut. Kemudian, gunakan sikat sekali lagi untuk menyebarkan perapi tersebut. Akhirnya, bilas dan keringkan rambut seperti biasa.
P/s: Untuk kesan yang lebih baik, sebaiknya sikatlah rambut sambil menundukkan kepala. Lakukan sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam bagi mempercepatkan pertumbuhan rambut
.
Fesyen Baju Lelaki 2012 Terkini
Salam semuaa.
Mungkin ramai dikalangan anda yang mencari koleksi baju yang sesuai untuk digayakan setiap hari tetapi masih mencari fesyen yang lebih trendy dan terkini. Kali ini, saya kongsi fesyen lelaki 2012 terkini supaya anda boleh lebih maskulin. Kehkehkeh!
Polo T Shirt tampak ringkas tapi menonjolkan elemen keseksian dan bergaya walaupun hanya plain design.

Kemeja seringkali dipadankan dengan lelaki korea tetapi ramai di antara kita yang terikutkan fesyen korea tanpa sedar kemeja sebegini menjadi pilihan terkini di Malaysia.
Cara nak memilih baju kemeja yang sesuai, anda boleh masuk kat entri Tips memilih kemeja lelaki.
Trend fesyen lelaki selalu dikatakan sedikit perlahan dari gaya fesyen dan trend wanita tetapi ada betulnya. Kalau dikaji, online shop perempuan jauh berlambak dari online shop baju lelaki. Bukti? Buka jerlaa facebook kaum perempuan mesti penuh dengan aktiviti shopping setiap hari kat wall dorang. Tak perlu bukti kukuh kerana Facebook ada jawapannya. Kehkehkeh!

Fesyen Jaket ini jarang dipakai untuk lelaki Malaysia tapi walaupun negara kita sejuk panas takde musim tapi K-Pop punya penangan jangan dipandang remeh. Walaupun panas tetap menjadi pilihan untuk kelihatan Kacak di bawah terik matahari.

Last but not least, kemeja kasual yang menjadi pilihan saya dan seringkali juga saya sendiri gayakan pada setiap event. Walaupun mungkin sedikit kurang menonjol terutama apabila body dah mengecut tapi masih nampak maskulin sekiranya memilih cutting yang lebih fit di bahagian pinggang. Lebih segar kalau disesuaikan dengan bangle gelang?
Lelaki Metroseksual Semakin DiMinati
Bak melangkah keluar daripada kepompong lama, semakin hari terserlah kemahuan lelaki untuk tampil lebih kacak dan bergaya. Jika suatu ketika dulu, soal gaya atau berdandan menjadi janggal dalam dunia lelaki, perubahan semasa dan gaya hidup sukar disangkal.

Penggunaan pencuci muka, penyegar, mencukur bulu kening dan pelembap bibir, semua itu adalah senario biasa dalam dunia jejaka moden hari ini. Istilah metroseksual yang diambil daripada maksud Yunani adalah menggambarkan lelaki heteroseksual metropolitan yang menjaga penampilan diri dari semua aspek seperti mana lelaki urban.
Tidak saja lambakan produk penjagaan wajah bermula daripada pencuci muka, krim anti penuaan, krim pelembap mata, pupur hinggalah kepada set bercukur yang kini sudah dikenali lelaki. Malah, golongan lelaki yang suatu ketika dulu cukup ‘geli’ apabila diminta menyapu losyen tangan kini tanpa segan selesa berkunjung ke pusat rawatan spa atau melakukan rawatan kuku.
Biar apapun tanggapan atau istilah metroseksual mengikut pemahaman diri, tidak salah rasanya golongan lelaki menyahut perubahan dari segi penampilan. Tidak perlu terburu-buru untuk melakukan transformasi, memadai andai menggunakan pencuci wajah. Sedikit alternatif dilakukan, tentu ada perubahan di kemudian hari.






