
Sebelum ini rasanya dah ramai yang tahu pasal buffered earning kerana hampir 50% blogger memberikan tips2 hebat untuk rakan – rakan yang ingin mendapatkan buffered earning yang kebaboom. ahaha.! Tapi hari ini saya taknak cakap pasal buffered earning memandangkan buffered saya untuk bulan september agak ciput. hehe!
Bulan Ogos lepas, saya agak sedih kerana CTR Bonus hilang secara tiba – tiba dan ianya kerana jumlah klik yang agak kurang. Mungkin ramai yang tahu, traffic blog saya 70% adalah daripada incik google yang disayangi dan saya jarang berblogwalking kerana penat menjadi batman. Okey, saya tipu! ahaha.
Kalau anda perasan, dua buffered saya iaitu Nokia dan Mufors mempunyai earning semasa yang sama tetapi berbeza jumlah earning yang sebenar kerana perbezaan jumlah klik oleh visitor anda. Bertambah sadis apabila rm80 pergi meninggalkan saya tanpa khabar berita. ahaha!
Selama seminggu ini saya cuba melihat perkembangan ctr bonus dengan cuba berblogwalking plus membalas jejak rakan – rakan di cbox batman. Sebelum saya berblogwalking, hanya Nokia yang mempunyai ctr bonus dan setelah 3 malam menjadi cinderella kacak akhirnya Vaseline dan Nike City juga mempunyai ctr bonus. yahuuuuu!
Pada saya, janganlah malas nak berblogwalking (sindir diri sendiri) kerana selain dapat menaikkan ctr bonus, banyak tips-tips berblogging anda akan perolehi dengan mudah selain dapat tahu info – info penting daripada rakan – rakan blogger seperti makan – makan diteratak yanmie. Sedih sebab lambat tahu! aaaaaaaa……!
P/s: Bila lah buffered earning + advertorial nak menjenguk blog batman. hehe!

Selepas berjaya menyiapkan task pertama semalam daripada nuffnang ”Digi Iphone 4 me”, task kedua nampak agak menarik sebabnya perlu memberitahu application yang menjadi pilihan anda dan pilihan saya? Saya tahu anda semua mesti tahu jawapan saya. hehe! Pastinya saya jatuh cinta dengan I Phone 4 kerana menyediakan Application For Work Out. OMG! This one sememangnya pelengkap kepada jadual harian saya untuk nampak fit dan kacak setiap masa. ahaha!
Even saya sendiri tak pernah terfikir mempunyai gadget seberat 137 grams tetapi mampu memberikan transformasi badan yang saya idam – idamkan. Boleh ker Iphone 4 ini memberikan transformasi sebegini kepada saya? Seperti tema nya ”This Change Everything. Again” dan saya rasa anda pun mesti teruja seperti saya untuk memiliki apalagi menjadikan Iphone 4 sebagai peneman hidup anda.

Saya sangat suka Iphone 4 sebabnya saya mauuu I phone 4 yang bakal dimiliki ini digabungkan dengan line Digi saya. kehkehkeh! Opps! Sebenarnya saya nak sangat I Phone 4 ini kerana saya ingin merealisasikan Slogan Iphone dan digi ”I Phone 4 Mengubah Impian saya untuk Setia Bersama Digi di mana jua saya berada’‘. ahaha!

I Phone 4 yang terkini membantu menjimatkan anda daripada membayar beribu ringgit untuk hired personal trainer kerana latihan work out yang disediakan boleh dikatakan world class dan lebih 150 teknik senaman untuk anda pelajari. Mungkin selepas ini saya perlu membuat tutorial latihan push up bersama I phone 4 kot? ahaha.

Dengan 100 Push Ups yang disediakan selama 6 minggu untuk mantapkan badan, saya rasa badan saya mungkin akan lebih bagus daripada Justin Timberlake kot? ahaha. Perasan gila! muahahahahaha. Jangan lupa dengan plan digi serendah RM58 sebulan, anda tak perlu fikir sampai kepala botak untuk bayar bil semata – mata untuk kelihatan kacak! Saya cukup yakin Digi setia membantu saya menjadi lebih mantapppp! yehaaa!

Can i beat him?

I bet u, i can beat him when i win Digi I Phone 4 from Digi. ahaha!
Incoming search terms:

Day 1 Task. Digi I Phone 4 meeeeeee!
Rasanya semalam ramai yang dah tahu tentang kemunculan Iphone 4 yang dilancarkan kat The Gardens, Mid Valley. Malangnya saya tak sempat nak ke sana memandangkan kesibukan bekerja. heh!

23hb hingga 25 hb ini kalau ada yang berkesempatan nak ke Mid Valley tu, boleh lah singgah sekejap. Hari ini pula buka jer website nuffnang ternampak pulak contest Digi Iphone 4 the Win. Wuarghhhh syok woo! Walaupun macam takde harapan nak menang tapi saya nak juga join mana lah tahu tiba – tiba tuah muncul di hujung jari. hehe!
Kenapa saya nak sangat – sangat Iphone 4 dari Digi?
Sejak dari dulu saya sangat teruja dengan produk daripada Apple dan ditambah dengan gabungan pakej agak berbaloi daripada Digi Plan serendah RM58 sebulan semakin menambahkan rasa wajib untuk memiliki I Phone 4. Bukan apa, saya merupakan antara pengguna setia Digi dan kalau lah dapat, mau riuh sekampung damansara. wahahahaha! Agak – agak cun tak kalau saya pakai kostum digi? heh!
Paling menarik I Phone 4 ini di mata saya sebabnya kali ini I Phone 4 tampil dengan resolusi 960 x640 pixel dan mempunyai kapasiti 16 dan 32 GB yang mana bagi mereka yang suka sangat nak download lagu seperti saya, I phone 4 ini sememangnya sangat macho. wuhuuuu.. Saya nakk satuuuu!
Pengunaan internet sehingga 6 jam kalau 3G dan 8 jam dengan wifi. Lama gila boleh bertahan kan? Gila sebentar! ahaha! Pakej yang sangat menarik bagi saya sebab tu saya rajin nak masuk contest ini. hehe! lepas ini boleh lah saya ber fb salu. yehaaaa!
Kalau yang nak join contest ini, meh masuk sini untuk mencarik peluang free I phone 4 daripada digi. hehe!
Incoming search terms: