DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Keputusan Piala Emas Raja-Raja 2010


Keputusan Piala Emas Raja-Raja 2010 untuk 30 November 2010 telahpun diketahui. Malam ini, pasukan Kelantan vs Terengganu di stadium Mohd IV Kota Bharu manakala Johor vs Kedah di stadium Larkin.

Permulaan perlawanan separuh masa pertama menyaksikan pasukan Kelantan terikat seri dan setelah perlawanan separuh masa kedua, baru lah nampak pasukan Kelantan menyerang dengan agresif.

Kelantan vs Terengganu

3-0

Johor vs Kedah

1-1

P/s: Pada 6 Disember nanti, Kelantan akan turun ke Stadium Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu manakala pasukan Johor akan turun ke Stadium Darulaman, Alor Setar untuk peringkat akhir penentuan Juara Piala Emas Raja-Raja 2010 pada 11 Disember 2010.

Incoming search terms:

Tips Tambah Berat Badan

Kali ini saya nak berkongsi Tips Tambah Berat Badan dan membina otot pada masa yang sama tas request admin Dunia Lelaki Maskulin . Tips hari ini adalah untuk mereka yang memang nekad nak naikkan berat badan ideal supaya lebih mantap.

Ada 3 perkara yang perlu anda utamakan jika ingin menambah berat dan membina otot dalam yang sama. Pertama, anda memerlukan agen perangsang iaitu aktiviti seperti latihan beban. Bagi wanita, jangan risau kerana badan anda tidak akan berketak – ketak dan anda boleh masuk sini untuk info yang lebih detail.

Kedua, anda memerlukan makanan yang berkualiti dan jangan risau dengan pengambilan lemak sekiranya anda ingin menambah berat badan. Lebihkan tumpuan pada pengambilan karbohidrat (60%), lemak (10-15%) dari jumlah keperluan kalori dan anggaran 100 hingga 150 gram untuk pembinaan otot tubuh.

Last sekali, anda juga memerlukan suplemen tambahan seperti keratin, glutamin atau lebih mudah jika anda mengambil kapsul multivitamin setiap hari. Nisbah lemak dan otot adalah 4kg otot sama dengan 1kg lemak.

Tidur yang cukup sebenarnya membantu pembesaran badan selain menjauhkan diri dari tersepit dengan masalah emosi. Emosi boleh menganggu cara pemakanan anda dan boleh menjadi musuh utama untuk anda menambahkan berat badan.

P/s: Untuk mendapatkan badan yang berotot dan tidak mengelebeh, anda perlu bersenam dan latihan beban merupakan pilihan yang terbaik.

Incoming search terms:

Jadual Piala Emas Raja-Raja 2010

Malam ini menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Emas Raja-Raja 2010 Kelantan vs Terengganu di astro arena. Hari ini, saya sediakan jadual lengkap Piala Emas Raja Raja 2010.

Jadual Separuh Akhir Piala Emas Raja Raja 2010

Kelantan vs Terengganu

30 November 2010

Johor vs Kedah

6 Disember

Jadual Perlawanan Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010

11 Disember 2010

Incoming search terms:

Muka Surat : 1234567...23Depan »