
Malam ini berlangsungnya perlawanan separuh akhir Piala Emas Raja – Raja 2010 yang bakal menyaksikan Kelantan vs Terengganu pada pukul 8.45 malam di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.
Kelayakan pasukan Kelantan setelah menang sebelum ini dengan agregat 5-2. Rasanya, pasukan bola sepak Kelantan masih menjadi taruhan saya untuk merampas gelaran Juara Piala Emas Raja-Raja 2010.
6 Disember nanti menyaksikan Johor vs KEdah bagi kelayakan pusingan separuh akhir Piala Emas Raja – Raja 2010.
Incoming search terms:

Semalam, keluar di berita tentang K Subramaniam yang membacakan terjemahan ayat Al Quran petikan dari surah Ali -Imran ayat 190-191 dan lebih menyedihkan tafsir yang digunakan adalah tunggang-langgang dan terkeluar daripada konteks yang sebenarnya.
K Subramaniam merupakan pembahas berbangsa India mewakili Angkatan Muda Keadilan semasa berbahas dalam Kongres Tahunan PKR telah cuba membaca makna Ayat 190-191 Surah Ali Imran.
Tafsiran yang dibaca oleh Subramaniam berbunyi:
“Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun.”
Sebaliknya, tafsir sebenar daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran berbunyi seperti berikut:
”Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.”
Rasulullah saw, setiap kali waktu fajar sebelum mengerjakan solat Subuh akan membaca ayat 190 surah Ali Imran tersebut sambil melihat kelangit, untuk mengingatkan diri betapa besarnya anugerah akal fikiran yang ALLAH berikan kepada manusia!
P/s: Pandangan saya, membaca Al Quran tak salah kerana sahabat Rasulullah sekalipun sebelum memeluk islam dahulunya tertarik untuk memeluk Islam setelah membaca Qalam tersebut cuma apabila golongan bukan Islam cuba mendekati Islam, kesilapan yang dilakukan boleh diperbaiki dengan memberi pendekatan yang sewajarnya.
Incoming search terms:

Mengucap panjang saya apabila baca tajuk utama harian metro hari ini. Dalam kepala asyik terbayang – bayang ‘‘pengawal menumbuk perut wanita yang sarat mengandung” sambil fikir macam manalah perasaan wanita itu time kena tumbuk. Mesti merana gila!
Seharusnya, pengambilan pekerja terutama pegawai keselamatan perlu ditapis sebaiknya kerana kalau setakat melepaskan batuk ditangga, perkara yang sama tidak mustahil akan berulang lagi. Cuba anda bayangkan ”perut anda memulas nak berak tapi tiba – tiba kena penumbuk”. Apa perasan anda ketika itu? Kalau saya, mungkin saya kasi buku 5 beberapa das kat bawah. ahahaha!
P/s: Untuk lelaki yang bergelar suami, time isteri dah genting itu janganlah lepaskan orang tersayang pada orang lain. Susah senang bersama, buat anak pun bersama tapi janganlah tinggalkan isteri seorang diri walaupun sekejap. ”Dia memerlukan kita lebih dari yang kita fikirkan”.
Incoming search terms: