Ramai dikalangan anda yang nak kurus tapi malas bersenam dan kadangkala kesuntukan masa nak bersenamkan? Ada juga yang bertanya ”boleh ker badan yang gemuk dikuruskan tanpa membeli sebarang makanan dan peralatan khas”. Meh ikut panduan saya untuk mengelakkan pembaziran duit anda untuk membantu membakar kalori dengan banyak.
Jangan Penuhkan Almari Makanan atau Peti Sejuk
Wanita terutamanya mempunyai hobi mengumpul segala jenis makanan dalam peti sejuk. Hadkan pengambilan makanan sebegini kerana sehari anda mungkin membuka peti 5 kali sehari dan kemungkinan anda tergoda dengan makanan adalah dua kali ganda dari jumlah anda membuka peti. ahaha.
Jadilah Peminat Makanan Berempah
Sebelum ini, saya ada bagitau supaya amik makanan pedas sepetri cili, halia, lada hitam dan lada sulah mampu merangsang pembakaran lemak 25%lebih tingggi daripada keupayaan biasa.
Jangan Berjaga Waktu Malam
Blogger terutamanya agak gemar berblogwalking tengah malam dan sebenarnya apabila kita berjaga, kecederungan untuk lapar semula lebih tinggi. Berjaga malam juga boleh menyebabkan badan kita kekurangan air.
Jangan Skip Sarapan
Ramai yang dah tahu perlunya mengambil sarapan pagi tapi tak ramai yang tahu kenapa. hehe! Setelah semalaman tidur, otak dan badan memerlukan bekalanseperti glukosa bagi menjana kembali sistem badan untuk sihat dan cergas.
P/s: Jangan lupa tetapkan waktu last untuk anda makan kerana makanan akan dihadam 4 jam selepas anda makan.




