Mungkin bagi anda, demam cicak tokek berbintik biru ini mungkin dah reda tapi saban hari agak banyak pertanyaan tentang cicak gecko menjadi topik utama reader saya. Tapi sebenarnya saya sendiri tertanya – tanya, ada ker cicak tokek biru?
Kat Malaysia ini, dah ramai ker yang jual cicak secara komersial? Tapi rasanya cicak tokek ini dah menjadi buruan hampir setiap hari dan dikatakan cicak seberat 200gram tidak boleh dijual lagi. Cicak gecko ini mempunyai jantan dan betina dan nak kenal mana satu jantan, kena tengok pada kepala dia. ahaha. Kalau kepala besar, cicak jantanlah tuu. hikhik.
Telur cicak ini tak banyak pun biasanya dalam 2 biji jer dan boleh mencapai takat 4 biji setahun. Kalau ada sesiapa nak bela cicak tokek ini, suhu perlu maintain 80 hingga 86 darjah celcius dna suhu yang tinggi biasanya boleh menghasilkan cicak jantan. ”Hebat betul researcher ini kan”. hehe!
P/s: Kalau ada sesiapa nak beli atau jual, emel jer kat saya aie.seifer@yahoo.com. Mudah untuk saya passing number yang nak jual dan beli cicak gecko ini nanti. ahaha. Pssst, saya tiada stok cicak tokek ini sekadar berkongsi info.
Keputusan Piala Aff Suzuki Final 2010 telahpun diketahui di mana malam ini Malaysia merangkul kemenangan bergaya 3-0 dan sekaligus menebus maruah dikalahkan pada perlawanan terdahulu dengan Indonesia. Penjaring gol Malaysia Safee Sali harus diberikan pujian kerana berjaya menghasilkan gol dalam Piala Suzuki 2010.
90 minit waktu perlawanan dan 8 minit masa tambahan cukup mendebarkan terutama pada separuh masa pertama perlawanan yang tiada kesudahan gol. Penguasaan Malaysia dan kekuatan barisan pertahanan berjaya mengekang sebarang percubaan gol oleh Indonesia. Tahniah buat Safee Sali dan Mohamed Ashari yang menjaringkan gol buat Malaysia.
Keputusan Terkini Live Malaysia lawan Indonesia di Perlawanan Akhir l Final Pertama Piala Suzuki AFF 2010. Kekalahan Malaysia sebelum ini diharapkan dapat ditebus oleh pasukan Malaysia.
Streaming RTm 1 malam ini nampaknya agak tak berapa nak lancar jadi terpaksa lah kita semua tengok kat tv. hehe! Masa pertama Malaysia sudahpun mula menyerang dengan rancak.
Minit ke 37, pertahanan Malaysia masih mampu bertahan dengan mengekang asakan pasukan Indonesia.
Indonesia hampir merembat gol tapi offside. Selamat gawang Malaysia.
Malaysia diberikan sepakan percuma pada minit 53 tetapi gagal disempurnakan.
Para penyokong yang hadir menyokong pasukan Indonesia. Permainan diberhentikan sementara kerana balingan mercun yang dilakukan oleh penyokong.
Gol pertama Malaysia dilakukan oleh Safee Sali pada minit ke 60 hasil hantaran shahrul.
Rembatan gol oleh Mohamed Ashari pada minit ke 67 membolehkan Malaysia mendahului 2-0 mengatasi Indonesia. Pujian patut diberikan kepada Norshahrul kerana menjadi playmaker yang mantap malam ini. Waaa, permainan semakin seronok dengan serangan Malaysia yang makin tajam. GO GO Malaysia!
Sekali lagi penguasaan Malaysia yang semakin garang dengan gol yang dilakukan oleh Safee Sali pada minit ke 72 sekaligus menjadikan 3 gol buat Malaysia. Separuh masa kedua berakhir dan ditambah 8 minit lagi masa perlawanan.
Pemain Malaysia Kunanlan hampir mendapat penalti setelah penjaga gol Indonesia menangkap bola dengan kaki Kunanlan tapi hampa.
8 minit masa tambahan berakhir dengan kemenangan Malaysia!