Salam semua.
Kembali lagi pada review blog dari Sahabat Blogger buat kali kedua dengan blog pilihan hari ini adalah dari blogger Aini Makhzan. Secara general ( sekali pandang) blog Aini masih nampak blogger baru yang mula aktif dengan berblogging. Lebih kurang sama dengan komen saya pada blogger Khaz, blog Aini lebih kepada personal blog kerana masih belum ada ads pengiklan dalam blog dan yang ada cuma churp churp.
Hampir 2 tahun berblogging tapi dengan status sebagai pelajar semestinya kekurangan masa untuk serius dalam blog. Jadi saya rasa konsep review blog untuk rakan – rakan kali ini lebih kepada penambahbaikan blog mereka supaya nampak lagi kemas dan tersusun. Nak tekankan pada seo, mau pening diaorang dibuatnya. ahaha!
First sekali, apa yang paling penting di dalam blog adalah header kerana identiti blog biasanya ditentukan dengan tagline dan keunikan header yang kita gunakan. Dengan adanya keunikan, blogger biasanya boleh dibezakan dengan mudah. Kedua, sedikit komen dari saya adalah tentang sidebar. Adalah penting bagi blogger untuk mendapatkan semaximum mungkin pendapatan bagi menaikkan semangat berblogging. Betulkan? hehe! Jadi, atas sekali pada sidebar, haruslah anda letak code iklan sidebar nuffnang. Selepas itu? anda boleh memilih badge facebook ataupun gambar -gambar anda yang comel.hehe!
Penggunaan warna pada font juga memainkan peranan penting untuk blogger mendapat komen dari rakan – rakan. Kebanyakan blogger seperti saya sangat malas nak komen entri sekiranya tulisan pada entri tersebut bewarna warni dan besar kecik. hehe! Kalau boleh, tukarkan kaler font pada warna hitam dan background untuk entri warna putih.
P/s: Mula – mula berblogging dulu, penulisan saya pun kat tengah – tengah dan kalerful. ahaha! Semuanya tinggal kenangan….











