DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Cendol Menggemukkan?

Ehem – ehem! Pastinya anda kecewa sekiranya anda merupakan peminat setia Cendol tapi berkeinginan nak kuruskan badan dengan berkesan. Tapi kalau yang dah kurus ( saya tau kamu kurus ) abaikan entri ini. Kehkehkeh!

Time cuaca tengah panas terik dengan tekak yang haus gila mesti akan terbayangkan air cendol yang lemak berkrim dan menyejukkan anak tekak. Kehkehkeh! Tapi mesti anda tak tahukan, air cendol yang sedap tuu sebenarnya mengandungi 600 kalori.

Berapa lama senaman yang anda kena lakukan supaya bakar 600 kalori ini? Hah, tak lama pun dalam 3 jam jer dengan buat push up ataupun tekan tubi. Senang atau susah, anda yang tentukan. Kehkehkeh!

Incoming search terms:

Alahan Semasa Mengandung l Cara Atasi

Kebiasaanya alahan semasa mengandung ini selalunya dikaitkan dengan muntah, pening kepala dan perut rasa sebu dan bukan semua perempuan mengalami alahan sewaktu mengandung.

Cara nak atasi alahan sewaktu hamil ini bukanlah 100% tepat tetapi sekadar perkongsian kepada anda semua. Waktu pagi, bangunlah secara perlahan – lahan dan jangan baring jer selepas makan nanti akan terasa loya sepanjang hari. Kalau boleh, jangan biarkan perut kosong terlalu lama dan cuba ambil snek ataupun biskut untuk jadikan alas perut.

Sesetengah ibu mengandung ini sangatlah alergik dengan bau makanan dan caranya jangan ambil makanan panas since makanan sejuk ini kurang bau nya. Mungkin ada jugak yang mengalami perut sebu tiba – tiba apalagi cuba hidu limau nipis ataupun limau kasturi.

Dalam sehari, amalkan minum air dengan kerap 12 gelas sehari dan paling penting, jangan amalkan minum sewaktu tengah makan kerana anda akan terasa mual yang berlarutan nanti. Wah, hebatnya saya macam dah kawen. Kehkehkeh!

Apapun, sewaktu alahan ini, jangan buat kerja yang berat dan pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya. Kalau yang suka aktiviti lasak tuu, bila pregnant kena lah kurangkan lagi – lagi elakkan daripada duduk tempat yang panas kerana alahan boleh menjadi lebih teruk.

P/s: Bila buat entri ini, terasa nak kawen pulak. Kehkehkeh!

Incoming search terms:

Semakan Keputusan Spm 2011 Secara Online

Esok 23 Mac 2011 pastinya memberikan debaran buat semua pelajar yang menduduki Spm kerana semakan keputusan spm 2011 secara online boleh dilakukan bermula esok.

Keputusan SPm 2011 juga boleh diperolehi di sekolah masing – masing pada pukul 10 pagi dan semakan spm melalui sms di talian 15888.

  • Taip SPM SEMAK [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
  • contoh :  SPM SEMAK 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888

Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 12 malam, 30 Mac 2011. Semoga semua berjaya dapat keputusan yang terbaik.

Incoming search terms:

Muka Surat : « Undur123456789...20Depan »