DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Gambar Kucing Parsi Paling Comel

 

Salam semuaa..

DSC_0020

Dah tengok gambar kucing saya paling comel, rasanya teruja tak? Seyes, bila umur baby ini 3 minggu, teruja, geram, segala jenis perasaan bercampur baur sekaligus. Kehkehkeh!

DSC_0019

Kali ini batch flat face tetapi bapak yang sama romeo. Sekali pegang rasa nak penyet – penyet sampai lenyet. kehkehkeh! Punya laaahhh saya geram bila sentuh bulu anak kucing ini. Nama? Opss belum diberi nama memandangkan kebuntuan ramai sangat anak kucing kali ini. kehkehkeh!

DSC_0031

Setiap hari kena tabahkan hati ‘’janganlah sentuh bulu dia’’ Arrghhhhh geram gila dengan kecomelan diaorang. Wahahahahahaa!

DSC_0047

Yang ini pulak kaler kelabu dan paling debab antara 3 ekor.

DSC_0053

The Cutest Ever.. Kehkehkeh!

DSC_0054

3-6 June 2011 ada Pet World Exhibition kat Mid Valley tapi malangnya tak boleh pergi memandangkan minggu ini kazen kawen. Terpaksa pulang ke sana. Tinggal anak. Tinggal Rumah. Tinggal yang tersayang sorang – sorang kat dot dot dot.. Biarlah rahsia. Kehkehkeh!

 

 

P/s: Bahagianya bila cuti sekolah.. Tapi siapa nak jaga time balik kampung ini? Haihhhhhh.. Mengeluh lelama. Kehkehkeh!

Incoming search terms:

Gambar Perkahwinan Salih Yaakob dan Emi (Isteri ke Empat)

Penyampai radio sinar fm, Salih Yaakob melangsungkan perkahwinan yang ke 4 dengan pasangannya iaitu Samihah Sheikh Ali atau Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, di sini, pada kira-kira jam 3.40 petang semalam.

Walaupun sudah berkahwin tiga kali tetapi debaran tetap masih ada. Salih Yaacob dan Emi memilih warna tema gold yang menyerlahkan lagi pernikahan Salih yaakob yang ke empat ini.

 

 

P/s: Tahniah buat Salih Yaakob dan isteri.

 

 

Sumber : sinar dan Hazrey

Incoming search terms:

Darkbatman Lebih Segar dengan Themes Baru

 

Salam semuaa..

 

dbm

Sebelum ini, saya baru saja bertukar header baru hasil Fahmi Mahat dan daripada awal tahun, theme blog darkbatman bermasalah sehinggalah 2 bulan ini, blog bermasalah dengan google. Wawaaaaa, kijamnya google. kehkehkeh!

 

Sidebar kerap ke bawah dan loading yang slow masih boleh buat saya pejam sebelah mata tetapi bila google dah tak sayang, bontot terasa panas. kehkehkeh! Jenuh bertanya pada yang lebih pakar sehinggalah bro Kulanz sekali lagi ‘’rasanya dah berkali – kali beliau menolong’’ sudi membantu blog darkbatman.

 

Rupanyaaa.. blog dikenakan penalti oleh google disebabkan oleh loading blog berat juga plugin terlalu banyak. Sitemap bermasalah menyebabkan google merajuk dengan darkbatman. Fuhhhh, kecewa tak terkata bila blog kesayangan jadi macam ini.

 

Semua yang bro kulanz terangkan dalam entri tu sememangnya 100% jadik kat blog darkbatman. Kalau anda sukakan seo, mungkin anda kena pertimbangkan beberapa aspek yang boleh menyebabkan blog dikenakan penalti ataupun mungkin jugak dibanned oleh google.

 

tab

Semalam, blog darkbatman tampil dengan themes thesis dan paling saya suka tab kat atas tu yang lebih tersusun. kehkehkeh! Tak terungkap rasa syukur di hati bila blog mula kembali normal.

 

P/s: Time Kasih tak terhingga buat bro kulanz yang sudi fixed masalah blog saya. Sedikit kepenatan hari ini memandangkan baru berpindah rumah. Mungkin tak harus join kontes nippon paint?

Muka Surat : 1234567...27Depan »