DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

REVIEW – Nur Kasih The Movie

 

Salam semuaa….

 

Nampaknya demam Nur Kasih The Movie (NKTM) sedang melanda orang ramai! Ramai sungguh orang berpusu-pusu masuk ke panggung 3 GSC One Utama semalam, semuanya gara-gara penangan drama bersiri yang diadaptasi kepada filem.

 

 

Ramai yang datang bawa keluarga, anak-anak kecil pun termasuk sekali. Jarang saya menonton movie dalam environment sebegini. Sejujurnya, saya tidak mengikuti drama bersiri Nur Kasih masa ia ditayangkan di TV3. Tetapi bagi saya movie ini best jugaklah (pendapat dari seorang yang bukan peminat) kehkehkeh!

 

Kalau orang lain, mesti dia tak faham sangat jalan cerita movie ni, sebab ia sudah tentunya berkaitan dengan drama bersirinya. Tapi bagi saya yang tidak mengikuti drama bersirinya, saya masih boleh memahami plot cerita ini.

 

Teknik imbas kembali yang digunakan dalam penceritaan movie ni membuatkan saya tertanya-tanya dan meneka-neka ending movie ni. Puas saya teka, tapi semuanya salah. Kehkehkeh! Nak tahu ending? Kenalah tengok sendiri. Angle kamera yang digunakan, mood yang dibangkitkan, semuanya boleh tahan.

 

 

 

Saya tertarik pula dengan pelakon kanak-kanak lelaki di dalam filem ni. Watak Ilyas (anak kepada Aidil) dilihat mempunyai potensi dalam dunia lakonan. Bayangkan kecil-kecil dah pandai menghayati watak, pandai mempamer mimik wajah yang mana pada saya bagus untuk seorang kanak-kanak!

 

Watak Maryam yang dilakonkan Mia Sara Nasuha, macam biasalah seorang kanak-kanak lincah dan petah. Dan semestinya cute! Errr nak anak macam ni boleh? Kehkehkeh!

 

 

 

So, kesimpulannya saya bagi 4/5 bintang, boleh? Kehkehkeh. Ohhh ye, kalau para wanita, gadis-gadis di luar sana yang belum tengok movie ni, anda disarankan supaya membawa tisu secukupnye ye. Banyak betul adegan menyayat perasaan. Cerita baru start, si dia di sebelah dah start teresak-esak! Kehkehkeh!

 

 

 

 

 

 

P/S : Lepas ni nak tengok movie Pirates & The Caribbean pulak.

Incoming search terms:

Gambar Khairul Fahmi Bertunang dengan Elia Jejari Runcing l KFCM

OFF

Agak lambat update pasal Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) bertunang dengan ELia@Aimie Harmelia jadi mehlah kita layan gambar pertunangan penjaga gol terhangat kat Malaysia ini.

 

 

Majlis pertunangan Khairul Fahmi Che Mat dengan Elia@Jejariruncing ini diadakan pada 17 mei 2011 di Kuala Lumpur. Nama KFCM ini mula naik sewaktu Perlawanan Piala AFF Suzuki.

 

 

>

 

 

 

 

Tahniah buat Khairul Fahmi dan Elia@jejari runcing. Bertunang pun dah nampak hebat, agaknya kalau kahwin mesti boleh jadi wedding of the year kan? Kehkehkeh!

 

 

Incoming search terms:

Tanah Runtuh Hulu Langat l 12 Terkorban @Rumah Anak Yatim Hidayah, Madrasah Al-Takwa FELCRA

OFF

 

Seramai 12 orang terkorban hari ini dalam nahas tanah runtuh Hulu Langat di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu. Polis memaklumkan sehingga pukul 10.30 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasukseorang lelaki dewasa berusia 22 tahun.

 

Sebanyak empat mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu. Rumah anak yatim itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Dalam insiden malang itu, sebanyak 24 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa.

 

 

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang semalam.

 

Al Fatihah.

 

 

Muka Surat : « Undur12345678910...27Depan »