DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Senaman Side Plank untuk Hilangkan Lemak

Salam semuaa…

Senaman side plank selalunya dilakukan untuk menghilangkan lemak terutama pada kawasan belly dan juga tepi pinggang. Side Plank antara Latihan terbaik untuk menghilangkan lemak di kawasan perut.

Baring pada bahagian sisi badan dengan tangan kanan di atas tikar senaman. Bengkokkan tangan kanan dan naikkan badan. Tangan kanan yang bengkok itu akan menyokong badan sebenarnya. Tahan selama beberapa minit.

Tukar posisi mengiring sebelah lagi bahagian badan. Fokus senaman ini ialah untuk memantapkan bahagian perut dan membentuk punggung.

 

P/s: Kalau dibandingkan dengan corset ataupun krim pembakar lemak, senaman sebenarnya alternatif yang lebih baik.

Incoming search terms:

Perempuan Memang Cepat Berubah Hati

Salam semuaa..

Malam ini dengan senang hatinya saya rasa nak mengutuk perempuan terutama yang mudah berubah hati sekelip mata umpama lelaki tempat menyidai baju di tepi longkang. Kehkehkeh!

Tak dinafikan sesetengah lelaki mudah berubah hati tapi apa kurangnya perempuan? Bukan semua perempuan tak cantik dan tak semua perempuan bukan player. Paling senang nampak dikalangan mereka yang ada rupa. Berubah hati selalunya dikaitkan dengan takut pada kehilangan orang tersayang. Sebelum lelaki angkat kaki, pilihan pertama adalah meninggalkan lelaki untuk kepuasan hati sebelum merana esok hari. Kehkehkeh!

Ada yang kata Perempuan berubah hati kerana memilih yang lebih baik tapi kata saya ibarat mencari jarum dalam sekam padi, semakin dibulatkan mata semakin menjadi sepet. Tak salah memilih tapi janganlah sampai mencari hanya untuk kepentingan diri. 9 nafsu itulah perempuan tapi janganlah kerana nafsu tergadai maruah memalukan family.

Duit! Duit! Duit! Perempuan dan duit tak boleh dipisahkan ibarat isi dengan kuku. Ke mana perginya duit pastinya akan terselit perempuan di situ tak kira di bar mahupun ditepi bus stop. Bukan mengutuk tapi kebanyakan perempuan selalu lupa, hidup ini bukanlah jambatan pendek untuk mencari hati.

P/s: Hati memang mudah untuk berubah tapi budi akan kekal sehingga mati. Fikir – fikirkan!

Incoming search terms:

Theme baru Darkbatman.com

Salam semua.

Selama dua bulan theme lama darkbatman.com rosak sejak kena hack, akhirnya hari ini berjaya jugak ganti dengan theme dan design terbaru yang diilhamkan oleh Acul Network. Seronok! Gembira dan lega setelah sekian lama mood kelaut kerana kecewa dengan theme lama yang banyak rosak.

Header masih kekalkan yang lama tapi diberi nafas baru dengan visual batman yang lebih segar tapi kemas. Sesetengah blogger tak berapa kisah dengan template blog tapi sebenarnya rupa blog sama seperti penampilan kita. Sebelum keluar dating, penampilan merupakan aset utama yang menentukan samada orang akan impress atau tak.

Dengan theme baru, lepas ini rajin sikit nak update blog daripada biasa. InsyaAllah akan kerap hasilkan video fitness untuk anda semua.  Template yang segar biasanya menambahkan rasa seronok untuk terus menghasilkan idea yang lebih baik jadi jangan lupa untuk setia bersama saya. Kehkehkeh!

 

Incoming search terms:

Muka Surat : 123456Depan »