Salam semuaa..

Bercukur merupakan amalan wajib bagi mereka yang bergelar lelaki malah perempuan pun sama cuma kali ini saya nak berkongsi bercukur bagi lelaki lebih spesifiknya mereka yang mempunyai janggut.
Sebelum bercukur, sapukan dulu krim kerana krim ini bertindak sebagai bahan antibakteria. Bercukurlah mengikut arah rambut dan bukannya arah bertentangan.
Sekiranya luka, tampalkan cebisan tisu pada bahagian luka dan gunakan losyen aftershave untuk dapatkan hasil yang lebih rapi. Pastikan anda tidak berkongsi pisau cukur dengan sesiapa.
Incoming search terms:
Salam semuaa.
Makanan dan kesihatan tidak dapat dipisahkan. Banyak makanan mengandungi lemak dan gula yang boleh menjejaskan kesihatan badan dan rambut. Makanan berlemak tinggi ini boleh menjejaskan rambut dan kulit kepala kerana boleh menyebabkan kulit kepala berminyak, mudah mendapat jangkitan dan menyebabkan kelemumur.

Lemak juga mengganggu keseimbangan hormon, menyebabkan obesiti dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Ramai yang kurang tahu, makanan manis menyebabkan kelemumur dan kulit kepala sensitif malah menghakis vitamin B dalam badan dan menyebabkan kekurangan zat kuprum akhirnya menyebabkan rambut beruban.
Nak dapatkan nutrien rambut yang baik, seseorang itu memerlukan kalori secukupnya bergantung kepada keperluan tenaga individu. Seorang lelaki memerlukan purata 2,500 kilo kalori sehari manakala seseorang wanita memerlukan 2,000 kilo kalori setiap hari.
P/s: Rambut ini sama juga dengan menjaga kesihatan badan. Tersilap mengambil pemakanan akan ada risiko yang bakal datang. Kehkehkeh!
Incoming search terms:
Salam semua.
Selalunya progesteron dikaitkan dengan hormon perempuan dan kebanyakan wanita berjaya mengatasi masalah kehamilan, kesuburan dan ketidakseimbangan hormon menggunakan makanan yang meningkatkan kadar progesteron. Kesuburan ini penting kepada wanita muda terutamanya dan masalah ini selalu dikaitkan dengan cara pemakanan yang salah.

Tanaman Progesteron
Ubi liar (wild yam) terkenal kerana mengandungi hormon progesteron dan dipercayai mampu mengeluarkan progesteron oleh badan.
Vitamin D
Vitamin D bukan hanya penting bagi tulang tapi juga kepada imun sistem dan otak malah kesuburan. Contoh makan Vitamin D ini tak susah iaitu kuning telur, keju dan minyak sapi.
Zat Besi
Kadar Zat Besi dalam badan mempengaruhi kesuburan seseorang. Pelbagai masalah ovulasi pada wanita antaranya disebabkan oleh kekurangan zat besi.

Makanan Progesteron
Kuning telur dan produk tenusu mengandungi jumlah progesteron memadai. Namun, belum diketahui cara kerja makanan ini untuk meningkatkan kadar progesteron wanita.
Makanan dengan Vitamin B-6
Cereal mengandungi sejumlah besar vitamin B-6 yang penting untuk menjaga keseimbangan kadar progesteron dalam badan.
Herba
Kunyit dapat meningkatkan kadar progesteron badan seperti juga thyme dan oregano. Menggunakan salah satu herba ini dapat membantu menjaga keseimbangan hormon progesteron.
P/s: Sesetengah wanita selalu memandang remeh tentang pemakanan untuk kesuburan kerana belum berkahwin tapi percayalah, bila sukar untuk mengandung pastinya info ini sangatlah berguna nanti. Kehkehkeh!
Incoming search terms: