Salam semua..
Nak kuruskan badan salah satu caranya adalah dengan meningkatkan kadar metabolisme badan. Mungkin ramai yang dah tahu tapi tak salah berkongsi lagi sekali. Caranya?

1. Bina otot-otot (build Muscle) – Badan kita sebenarnya berterusan membakar kaloriwalaupun semasa kita berehat. Kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.
2. Bersenam aerobik atau berjogging – Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.
3. Minum banyak air – Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.

4. Campurkan ais dalam air – Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.
5. Makan lebih kerap – Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan.Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajianmenunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.
6. Pedaskan masakan– Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang bolehmeninggikan kadar metabolisme.

7. Makan lebih protein – Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.
8. Minum kopi – Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula.
Incoming search terms:
Salam semuaa..
Adakah anda sedang berdiet dan menghadapi masalah untuk kekal dengan plan tapi gagal untuk mengikut plan dan larangan diet? Diet ini dinamakan yo-yo diet plan. Kadang-kadang bila anda tidak berdiet, berat badan kembali ke asal malah ada yang bertambah berat badan kerana makan tidak ingat dunia. Sebenarnya terjadinya pertambahan berat badan kerana metabolisme anda menurun disebabkan diet makanan yang tidak seimbang, kurangnya pengambilan serat (fiber) seperti buah-buahan dan sayuran.

Kurangnya melakukan aktiviti fizikal seperti mengeluarkan peluh mempercepatkan lagi penurunan kadar metabolisme anda. Kadar metabolisme yang tinggi adalah penting untuk proses pembakaran lemak menjadi tenaga.

Untuk meningkatkan kadar metabolisme anda perlu mempunyai tabiat pemakanan yang sihat contohnya tentukan makanan seharian seimbang 40 % kabohidrat,40% serat (sayur dan buah-buahan) dan 20% Protien. Malah anda juga perlu mengetahui tahap kalori makanan yang dimakan dengan keperluan kalori seharian selain perlu mengambil makanan tambahan seperti herba yang dapat menjadi pemangkin peningkatan kadar metabolisme.
P/s: Asas utama untuk kuruskan badan selain niat adalah tahu jumlah kalori makanan yang perlu diambil setiap hari. Anda boleh baca entri Jumlah Kalori bagi Lelaki dan Perempuan.
Incoming search terms:
Salam semua..
Selalunya menjadi trend terutama lelaki memakai kacamata hitam untuk tampil segak bergaya lagi kacak tampan dan menarik. Fuhh lengkap 1 pakej. Tapi sebenarnya memakai kaca mata hitam ni boleh menjejaskan penglihatan mata? Tapi yang menjejaskan mata adalah jenis cermin mata yang murah ye!

Janganlah terpedaya dengan kaca mata hitam yang murah kerana mungkin memiliki lensa prisma vertikal yang menyebabkan efek bercampur cahaya. Keadaan dan kemasukan cahaya yang berbeza berdasarkan kualiti kaca mata ini boleh menjadi punca penglihatan berganda (diplopia) dan jugak pening kepala.
Tapi gangguan penglihatan ini tidak menyebabkan kerosakan penglihatan jangka masa panjang. Nasihat saya janganlah taksub membeli kaca mata yang ada kat pasar malam. Pesanan khas untuk diri sendiri juga. Katakan tidak untuk cetak rompak. Peaaceeee.
Incoming search terms: