Salam semuaa..
Bapa? Mungkin kedengaran sedikit janggal tetapi peranan bapa tak dinafikan lagi dan kali ni saya nak tampilkan beberapa icon bapa yang menjadi ikutan fesyen terkini.

Jude Law
Jude Law diakui kacak danmempunyai aura sediki nakal dan paling penting dia berjaya menggabungkan gaya kontemporari dan klasik yang cukup memikat dan bersahaja tanpa perlu mencuba. Dia juga kelihatan lebih muda daripada usianya dan mem punyai kualiti yang boleh kita senaraikan sebagai Ikon Fesyen.
Dia selalu bergaya kemas dan rapi tetapi pada masa yang sama kelihatan cukup santai. Dia bijak bergaya mengikut acara dan tempat, misalnya sentiasa memakai tuksedo potongan klasik dalam rona biru bagi acara formal.

David Beckham
Beckham cukup dihormati kerana punyai keyakinan yang tinggi, ceria dan cukup memberikan inspirasi kepada para penyokong-penyokongnya. Dia tidak takut untuk bereksperimentasi dengan fesyen. Dia bijak mengikuti trend fesyen yang diolah mengikut interpretasinya sendiri. Dia sentiasa mengejutkan dengan gayanya yang kadangkala melawan arus fesyen. Dia juga digelar Lelaki Metroseksual dan menjadi ikutan remaja sehingga hari ini.

Johnny Depp
Depp cukup dikenali dengan gaya individunya. Kadangkala gaya dia berpakaian terarah lebih kepada kostum. Namun, gayanya cukup unik dan seperti kombinasi watak seperti Indiana Jones, penyanyi rock dan juga lanun. Cukup cool dan hip. Antara aksesori yang tidak boleh ditinggalkannya ialah:
* Cermin mata hitam berwarna
Depp memakai cermin mata bukan hanya untuk bergaya malah kerana mata kiri beliau sememangnya mempunyai masalah pandangan jarak jauh. Dia selalu memilih cermin mata potongan klasik dengan cermin berwarna biru atau ungu.

Will Smith
Dia adalah contoh bapa yang paling hip berdasarkan gayanya yang cukup bersahaja (laid-back style) dan sentiasa kelihatan hebat di karpet merah. Jika dibanding dengan selebriti yang lain, Smith kelihatan cukup gembira tanpa dibuat-buat dalam foto-foto yang dirakamkan oleh lensa jurugambar.
Incoming search terms:
Salam semuaa..

Rasanya dah lama hampir setengah tahun tak pernah update pasal trafik blog darkbatman.com. Dua tiga menjak ini post untuk blog berkurangan daripada biasa tetapi kekangan masa tetap saya update mana yang sempat untuk anda semua. Walaupun blog in dah tak berapa aktif macam dulu dengan entri masakan, video fitness tapi insyaAllah semua itu akan diserapkan semula nanti.
Sekarang ini walaupun saya jarang update tetapi sambutan daripada reader semakin menggalakkan. Mulanya rasa macam mesti trafik akan berkurang tambah pulak fanpages pun dah kurang ping entri tapi alhamdulillah sehingga hari ini blog darkbatman masih mampu mengekalkan trafik 2k sehari tanpa entri yang banyak juga tanpa ping kat mana – mana. Terima kasih buat reader blog.
Blog ini dihasilkan dengan niat untuk berkongsi ilmu dan juga pengalaman bersama reader. Walaupun tanpa income seperti dulu tetapi tetap bersyukur dengan ilmu yang dikongsikan di dalam blog dapat memberi manfaat kepada anda semua. Kepuasan berblog lebih diperolehi tanpa meletakkan harga kerana apabila tiada income semangat berblog takkan hilang kerana kembali kepada niat asal. Selamat berblogging semua.
Incoming search terms:
Salam semuaa..
.jpg)
MEMAKAI kaca mata dapat membentuk imej seseorang. Hanya dengan sepasang bingkai berkaca yang berfungsi bagi melindungi mata, anda mampu kelihatan pintar, seksi dan bergaya. Malah, dalam sesetengah keadaan kaca mata mampu menarik perhatian serta memberi keyakinan kepada si pemakai.
.jpg)
Bagi penggemar kaca mata yang memiliki kulit gelap seharusnya memilih bingkai berwarna terang bagi menampakkan kulit yang lebih cerah.
.jpg)
Adidas antara koleksi cermin mata yang menepati citarasi lelaki yang lebih elegan dan sporty. Semakin unik design yang dikeluarkan semakin yakin untuk menggayakan cermin mata yang dimiliki.
Pemakaian cermin mata ini juga sebenarnya bergantung kepada bentuk muka jadi pilihlah kaca mata yang sesuai dan trend terkini tapi janganlah pula memakai kaca mata sehingga menutup kening mata. Kelihatan janggal apabila dipadankan nanti.
Incoming search terms: