DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Keputusan Perlawanan England vs France ( Perancis ) 11 Jun 2012 Euro

OFF

Salam semuaa..

Saingan pertama dalam kumpulan D Euro 2012 England vs France sekadar mencatat keputusan seri 1-1.Aksi perlawanan yang membuatkan penyokong kedua-dua pasukan tidak selesa.

m016E keputusan england vs france 11 jun 2012 euro video

Gol England dilakukan oleh Joleon Lescott menerusi sepakan percuma Steven Gerrald manakala Perancis menyamakan kedudukan melalui rembatan rendah Samir Nasri.

Keputusan sama 1-1.

Kriteria Kekemasan Penampilan Lelaki

Salam semuaa..

Penampilan dan kekemasan diri antara aspek utama yang perlu lelaki titik beratkan. Bukan hanya perempuan yang perlu mementingkan penjagaan diri.

Sabun buku bukan untuk wajah

LELAKI mempunyai kulit yang berminyak kira-kira 15 peratus melebihi wanita. Pori besar membenarkan segala kekotoran meresap ke dalam kulit. Usah malas mencuci muka menggunakan pembersih wajah yang betul. Elakkan penggunaan sabun buku untuk badan pada wajah. Begitu juga dengan syampu dan krim pencukur, pastikan anda mempunyai sabun khusus untuk setiap perkara.

Pemakaian

PILIH baju yang diperbuat daripada fabrik kapas yang ringan bagi mengurangkan peluh. Rapikan bulu ketiak secara berkala kerana ia boleh mengundang bau badan yang tidak menyenangkan. Baju yang berkedut-kedut melambangkan keperibadian lelaki yang tidak ‘taat’ pada kebersihan dan kekemasan.

Potong kuku

KUKU sering dipandang remeh oleh lelaki. Mereka hanya memotong kuku tangan apabila betul – betul panjang manakala kuku kaki mungkin dirapikan sebulan sekali. Beri penekanan pada kebersihan kuku kerana ia terdedah pada bakteria hampir setiap saat. Kuku kaki khususnya hampir separuh hari diliputi stoking dan kasut boleh menyumbang pada masalah kaki berbau.

Bercukur

HAMPIR semua lelaki perlu bercukur. Perapian misai dan janggut perlu agar penampilan sentiasa tampak kemas. Jangan sekali-kali bercukur tanpa krim yang betul kerana boleh mencederakan kulit. Mesin pencukur yang tepat juga memainkan peranan bagi membentuk gaya yang diingini. Selepas bercukur, aplikasikan after shave yang bertujuan mengurangkan kerengsaan.

IMG_4659

Senaman dan pemakanan

SUKAN atau senaman sudah sebati dengan karakter lelaki. Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana majoriti mereka memang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Bagaimanapun, bagi jejaka yang kurang memberi perhatian pada kepentingan senaman, sudah tiba masa untuk anda mengubah cara hidup. Riadah ringan tiga kali seminggu cukup untuk membekalkan kecergasan dan mengekalkan bentuk badan yang ideal.

P/s: Begitu juga dengan pemakanan, kadar metabolisme lelaki diketahui memang tinggi berbanding wanita. Ketahui kalori yang diperlukan badan anda dan makan mengikut jadual pemakanan yang betul dan seimbang.

Incoming search terms:

Lelaki Menangis boleh Menurunkan Hormon Seks?

Salam semua..

Menangis sering dikaitkan dengan wanita kerana perasaannya yang sensitif. Tangisan juga boleh berlaku kerana sesuatu yang tidak diingini dan menurut William Frey dari University of Minnesota, menangis adalah tindak balas terhadap akumulasi kimia alam emosi tekanan dan air mata dapat menghilangkan zat – zat kimia ini.

Menangis ini boleh juga terjadi kepada kaum lelaki dan lelaki yang menangis boleh menyebabkan kadar penurunan Testosteron yang mana kesannya menyebabkan berlakunya perubahan fungsi seksual, perubahan pola tidur, kurang motivasi, kurang kepercayaan diri atau tekanan.

Tapi sebenarnya kadar testosteron menurun seiring dengan pertambahan usia dan juga faktor lain yang mengurangkan hormon seks ini. Kalau anda perasan, lelaki semakin tua perangai semakin menjadi kanak – kanak. Ketara dan takkan dapat dielakkan lagi. Kurangkan menangis mungkin boleh melambatkan penurunan kadar testosteron ini.

Incoming search terms:

Muka Surat : « Undur1234Depan »