DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Lelaki Menopause Hanya Fakta?

Salam..

Andropause atau menopause adalah di mana lelaki usia pertengahan mempunyai gejala seperti perempuan menopause. Andro bermaksud lelaki dan pause bermaksud berhenti. Andropause bermaksud berhentinya fisiologi lelaki manakala menopause adalah produksi ovum dan hormon estrogen serta siklus haid berhenti dengan cara yang relatif mendadak.

Istilah lelaki menopause lebih dikenali “akhir-onset hipogonadisme” iaitu di mana penurunan kadar testoteron, penurunan produksi sperma dan hormon lainnya secara perlahan.

Melalui kajian dari 3000 lelaki berusia 40-79 tahun, hanya 2 percent yang mengidap penyakit andropause ini. Kadar testosteron rendah adalah  kadar testosteron total kurang dari 11 nmol per liter dan kadar testosteron bebas kurang dari 220 pmol per liter. Apabila kadar testosteron rendah, lelaki akan mempunyai gejala  disfungsi ereksi, penurunan dari gairah seksual, dan ereksi di pagi hari yang buruk.

 

Incoming search terms:

Makanan untuk tingkatkan metabolisma dalam badan

OFF

Salam.

Mungkin ada di kalangan anda yang pelik melihat wanita memiliki pinggang dan tubuh badan yang ramping walaupun mereka baru sahaja makan dua pinggan nasi yang kemudiannya makan ais krim pula. Anda yang takut untuk menjamah nasi pun memiliki badan yang masih lagi besar. Itu antara fenomena biasa kat Malaysia.
Terdapat beberapa makanan yang boleh meningkatkan metabolisma dalam diri sekaligus mempercepatkan pembakaran kalori dan mampu megelakkan anda dari gemuk dengan mengambil makanan berlebihan.
Teh Hijau
Teh yang boleh diaplikasikan di dalam pelbagai cara untuk menjadikan ianya lebih menarik dan sedap untuk diminum. Khasiat teh hijau membantu menaikkan tahap metabolisma dalam diri dan mampu membakar kalori lemak yang tidak diperlukan di dalam badan. Sekaligus, badan kita akan mencerna makanan yang tidak diperlukan. Selain daripada membantu membakar lemak dengan cepat, teh hijau juga mampu untuk melancarkan urat saraf.
Limau Gedang
Dipenuhi dengan anti-oksigen dan juga vitamin, limau gedang membantu menaikkan metabolisma dalam diri dan juga mengeluarkan lemak dari sistem lemak di dalam badan. Limau gedang juga membantu anda mengurangkan insulin di dalam badan di mana akan mengurangkan selera lapar anda. Jika anda mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan anda mengambil ubat secara harian, sebaik-baiknya jumpa doktor dahulu sebelum memakan limau gedang kerana kandungan di dalam buah-buahan ini mempunyai bahan yang akan bertindak dengan dadah yang ada di dalam ubat-ubatan.
Gandum 
Bukan hanya gandum tapi keseluruhan gandum! Gandum memang kaya dengan nutrisi yang diperlukan badan seperti beras perang, oatmeal, roti padat gandum dan pasta membantu sistem badan berjalan dengan lebih baik dan selesa. Yang paling penting, boleh meningkat metabolisma dalam diri dan anda juga mampu kurus . Selain daripada itu juga, gandum membantu perut anda untuk merasa lebih kenyang lebih lama dari kebiasaan.
Bawang putih
Mungkin ada yang tidak gemar dengan memakan bawang putih dek kerana baunya yang kurang menyenangkan. Namun tidak ramai tahu mengenai khasiat tersembunyi yang ada di dalam bawang putih ini dimana khasiat yang membantu anda untuk mengurangkan lemak di dalam badan. Selain daripada meningkat tahap metabolisma di dalam diri, bawang putih juga berperanan sebagai sumber antibiotik iaitu membantu menaikkan tahap ketahanan di dalam diri anda.

Incoming search terms:

Tips Mengatasi Sakit Belakang

Salam semuaa..

Anda tahu tak sebenarnya anda merupakan salah sorang di antara 8-10 orang yang mengalami sakit belakang terutamanya kaum perempuan yang seringkali membawa beg besar dengan beban cukup berat, ditambah lagi memakai kasut tumit tinggi? Kali ni saya nak bagi Tips mengatasi sakit belakang supaya kekal sihat dan cergas.

Kurangkan kandungan beg
Hati-hati jika berat beg anda melebihi 10 peratus daripada berat badan. Ini petanda beg anda terlalu berat dan boleh menyebabkan sakit belakang. Bawalah barang yang anda yang penting dengan tas dengan betul. Jika talinya cukup panjang, bawalah beg menyamping dengan tali menyilang di dada. Pilih juga beg yang talinya agak lebar.

Tilam yang sesuai
Tidur di tempat tidur yang empuk memang selesa tapi tak terlalu baik untuk kesihatan tulang belakang. Jadi, pastikan tempat tidur yang anda tidur tidak terlalu empuk atau terlalu keras. Tilam yang baik adalah yang mampu menyokong tubuh secara stabil semasa tidur.

Ketatkan otot perut
Memiliki otot perut yang kuat boleh membantu melindungi punggung dari sebarang kecederaan. Lakukan saja latihan pelvis sebanyak 2 hingga 3 kali tiap minggu. Caranya, berbaring telentang dengan lutut ditekuk dan kaki menempel di tingkat. Secara perlahan-lahan tarik lutut mendekati perut, rasakan kontraksi pada perut dan pinggul harus diangkat sedikit dari lantai.

Pengambilan sayur-sayuran hijau
Anda pasti tahu bahawa kalsium adalah kunci untuk tulang yang kuat. Namun, para penyelidik Jepun mendapati ada satu pengambilan lagi yang sangatdiperlukan untuk menguatkan tulang, iaitu vitamin K. Vitamin ini banyak ditemui pada brokoli, bayam, dan sayur-sayuran berdaun hijau.Vitamin K juga berfungsi membantu simpanan kalsium dalam tulang sehingga membuatnya lebih padat.

P/s: Semoga memberi manfaat kepada anda.

Incoming search terms:

Muka Surat : 12Depan »