DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

4 Jenis Senaman yang Perlu Anda Tahu

Salam semua..

Bercakap tentang senaman, pastinya ramai tau bersenam tu ”melompat – lompat, goyang-goyang bontot, pegang dumbell sampai keluarkan peluh jantan’‘ dan pelbagai lagi gerakan yang muncul dalam kepala anda.

Hari ini, saya nak berkongsi beberapa jenis senaman dan fungsi senaman ini pada kita. Bukan apa kalau dulu saya sendiri pun ”kalau orang angkat kaki, saya pun angkat laa juga walhal harem tak tahu untuk apa”. ahaha!

Senaman Ketahanan seperti seperti berjoging, berenang dan berjalan kaki disarankan kerana senaman ini bukan saja baik untuk kesihatan malah memberi stamina konsisten bagi memudahkan anda melakukan aktiviti seperti menaiki tangga.

Senaman Keseimbangan pula adalah senaman seperti tekan tubi dan mampu menguatkan otot kaki serta memberi jangka hayat panjang kepada tubuh dan sendi untuk kekal berfungsi. Manakala Senaman Fleksibiliti  pula adalah senaman regangan badan. Kalau sendi anda bermasalah, senaman ini sangat sesuai dan contoh senaman fleksibiliti adalah seperti yoga dan aerobik.

Last sekali, senaman kekuatan bagi mendapatkan lebih stamina untuk membina otot dan membuat kerja. Sebenarnya senaman kekuatan ini membantu meningkatkan kadar metabolisme serta mengawal berat badan dan gula dalam darah. Senaman ini sangat penting terutama pada mereka yang mengalami masalah lemak yang degil dan mengurangkan risiko asteoporosis.

P/s: Jadi, bila nak bersenam, anda kenalah tahu senaman apa yang bersesuaian mengikut kemampuan anda dan mulakan dengan perlahan – lahan. Ramai yang nak efek lebih punya sampai cedera tisu otot dan badan. Nasihat saya, janganlah tergesa – gesa nanti badan anda yang merana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tentang Penulis

Fulltime Blogger

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

13 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini

  • yeay, betul tu! berenang , berjoging, dan berjalan kaki juga malah dapat mengeratkan hubungan dengan ahli keluarga dan juga kawan kalau melakukannya bersama2, kan? hahha … (keluar tajuk! :P )

  • jog paling seronok :D boleh tengok keadaan sekeliling

  • thanks aie…
    huuhuhu…

  • Tips yang bagus nie, hehe. aku minat giler berenang, kalau pegi berenang dekat 5-6 jam berenang, hehe

  • Contoh senaman kekuatan tu apa bro?

  • yes i love to jog~!

  • buat masa ni,
    gue rajin buat senaman ketahanan..
    ehehee

  • Bro!! Infos bgus nihhh!!! Tp lately ak hnya bjogging ja.. Xcercise mat dh jd phiasan.. Ok kann???

  • Assalamualaikum. Maaf hanyalah pemberitahuan sahaja. Sebagai admin untuk domain BLOG-AYIE[DOT]COM & MALAYSIANFACE[DOT]COM dengan ini saya ingin beritahu kepada anda, saya ingin jual domain-domain tersebut dengan harga yang murah. Jikalau anda berminat, sila hubungi saya segera.

  • 3 or 4 jenis senaman??hehe…lau lari, ntk ape lak ye..hehe

  • aku jarang joging..tu yang stamina takde tu..main futsal selalu lah..tapi kejap je dah pancit..hehe

  • tercari-cari senaman yang ke empat.. rupanya senaman fleksibiliti.. tak nampak sebab tak bold.. maklumlah speed reading

  • huhu joging je la yang sempat. nak gi gim tu tak dapek dooo.. lalu je haha