DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

5 Aktiviti untuk Kekal Langsing dan Kurus

Salam semuaa..

Nak kurus dan langsing sebenarnya tak susah pun cuma perlukan usaha dan semangat yang kuat. Semua orang nak kurus, saya pun nak kurus tapi macam mana nak jadi kurus? Ada banyak cara nak kurus tapi salah satunya dengan mengawal jumlah pengambilan dan pembakaran kalori yang betul.

darkbatman

Apa jenis diet yang anda buat sekalipun, pastikan jumlah kalori yang anda ambil tidak lebih dari aktiviti yang anda kerjakan.  Aktiviti apa yang boleh bakar kalori?

Shopping

Sebut shopping mesti perempuan tersenyum melebar! Seharian berjalan di shopping mall takkan rasa penat andai anda perempuan. Walau setinggi bangunan mana dibina tapi setiap lot dipenuhi dengan barangan wanita, percaya lah perempuan takkan sesekali mengeluh apalagi merajuk. kehkehkeh!

Dengan shopping, anda mampu membakar sehingga  243 kalori.

Membersih Rumah

Membersih rumah ini antara aktiviti wajib bagi anda yang memiliki rumah. Selain rumah bersih, anda dapat bakar kalori sebanyak 80 dengan setengah jam mengemas rumah. Tiada lagi alasan untuk malas. Kehkehkeh!

Memasak

Memasak pun boleh membakar kalori? Aktiviti memasak selama 30 minit mampu bakar sebanyak 70 kalori. Lagi banyak menu memasak, lagi banyak kalori dibakar.

darkbatman

Jogging

Selain bakar kalori, dengan joging anda boleh melatih kekuatan otot kaki, perut dan punggung. Berapa banyak kalori akan dibakar? 374 kalori.

Naik Turun Tangga

Cara cepat nak langsingkan badan sekiranya anda ada tangga kat dalam rumah. Bayangkan, 30 minit anda naik turun tangga mampu membakar kalori sebanyak 200 tanpa perlu keluar rumah? Kalau takde tangga kat rumah, boleh cuba naik tangga kat shopping mall. Cadangan: Jangan naik lif dan parking kat tingkat paling bawah sekali. Kehkehkeh!

P/s: Senaman yang paling simple tapi kalau anda malas, takde gunanya. Paling penting nak cantik dan kurus ini haruslah penuh dengan keyakinan dan semangat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tentang Penulis

Working as Personal Trainer and Fulltime Blogger.

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

8 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini

  • info yang sangat berguna.

    *mahu badan macam darkbatman. hehe

  • betul tuh.sangat simple.atas kita juga nak sihat ke x

  • sangat bagus

  • kak ina suka betul bila awak buat entri pasal kurus2 ni..he he…thanks ye :)

  • tapi sy x pandai masak.. hurmm

  • selalu je buat aktiviti kat atas ni tp sama je?:( HAHAHA.
    masih dlm usaha ni..:)

  • bab shopping tuh memang betul, bagilah mall besar mana pon memang takkan rasa penat..hehhe

  • ingat kan selama nih wat keje2 rumah labagi sikit je yng terbakar kalori tu huhu