DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

7 Pantai Yang Wajib Dikunjungi di Bali

Bali merupakan salah satu dari 10 pantai terbaik di Dunia dan hari ini saya share beberapa gambaran tentang pantai bali yang mungkin akan menjadi destinasi anda untuk berehat. heh!

Pantai Padang Bai terletak di pelabuhan Bali – Lombok iaitu Padang Bai dan pantainya cukup terjaga kebersihan dan keindahannya. Bagi pemancing dan para penyelam (diver) sangat suka menghabiskan masa di pantai ini kerana lautnya sangat terjaga. Namun sekiranya anda ingin menyelam di padang bai, anda harus berhati – hati kerana arusnya sangat kuat.

Pantai Dreamland

Pantai ini sangat disukai oleh pelancong asing kerana pasir putihnya yang terbentang luas dan karang batu nya yang agak cantik. Pantai Dreamland merupakan salah satu pantai pasir putih di bali yang sangat indah dan eksotik.

Pantai Sanur

Daerah sanur merupakan satu daerah yang pertama berkembang di Bali di mana kita dapat merasakan suasana desa yang penuh dengan kedamaian berbanding daerah pantai yang lain. Banyak aktiviti dan resort yang berada d idaerah sanur yang membangun membuatkan Pantai Sanur salah satu pantai alternative yang layak dikunjungi oleh anda semua.

Pantai Lovina

Pantai yang terkenal dengan pasir hitamnya dan terletak di utara pulau Bali. Selain itu di Pantai Lovina, kita boleh menyaksikan Ikan Lumba – lumba yang bermain di pantai ini dan untuk melihat lumba lumba ini kita perlu menyewa perahu nelayan yang boleh dipesan dihotel.

Pantai Candi Dasa

Terletak di sebelah timur Pulau Bali dan 2 perjalanan dari pasar, anda akan menemui Pantai Candi Dasa yang terkenal kerana keindahan pantainya yang sangat memukau. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di pantai ini dan salah satunya adalah snorkeling dan juga menyelam.

Pantai Amed dan Tulamben

Pantai Amed dan Tulamben adalah pantai yang bersebelahan dan jua hampir pantai yang mempunyai ciri – ciri yang sama. Tetapi pantai amed masih belum tercemar dan tidak banyak pelancong asing yang datang ke sana. Pantai Tulamben pula sangat disenangi oleh para penyelam yang ingin menyelam kerana di Pantai Tulamben, terdapat kapal perang US yang karam dan tidak terlalu dalam dan juga pantai ini digelar pantai eksotik.

Pantai Legian dan Seminyak

Pantai yang terletak di utara pantai kuta yang mempunyai suasana yang sama dengan pantai Kuta, tetapi yang membezakan dengan pantai Kuta adalah kebersihan dan suasana yang tidak begitu ramai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tentang Penulis

Fulltime Blogger

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

16 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini

  • Salam,

    Gila cepat update. Tengah dok baca dan carik info sikit2 dekat your blog ni, tetiba jek dah keluar update baru… Pantassss..Owh I am writing about blogger2 yang good looking at my blog, anda termasuk dalam post tuh, hahahha do check it out. Tapi masih mengarang lagi. Later akan click button publish post tuh..

    • ws..hehe.. 2la dr td fokus update x wt pape 2 yg cpt kot? heh. ermm.. aie akn check jp lg cz mate ne lom ngntukk..

  • i wish i can go one day.. ^__^ cantek2 sume tmpt.. nk pergi yg ade ikan lumba2 tu..

    • yep.. same la kite…

  • Pernah terjumpa wild dolphins tapi dekat Perth. Gila excited masa tu. Tak samala dengan yang dapat tengok dekat Zoo kan. Best.

    • jauhnya merantau? best giler kan?

  • Okeh dah submit posting.. salam dan goodnight..

    • dh bace dh.. ehe.. nt aie review yer.. sharing traffic same2..

  • mmg semart la pantai2 nie bro!
    hehehe~
    bler nk bt gath GB kat bali?walawey~hahaha

    • 2la.. klau ko sponsor konpem ak org ptama yg akn cri ko.ahaha.. bali 2.. honeymoon weh! ahahaha

  • bestnya…cam tahu2 je dD nak ke bali..hiksss…

  • wah…cantik gila pantai2 dia yer

  • Uwaa! Nak gi pantai jugak.. dah lama tak pergi..
    The pics are great especially the ones with the dolphin.. tetiba teringin nak buat sandcastle yg besar ni.. mana nak cari pasir ..kat selangor ni semua dah ken curi ..uhuhu

  • Pantai di Bali banyak rupanya.
    ingat satu je..

  • salam
    bro…
    jom gi Sipadan
    ekau belanja
    hahahaha

    p/s : Lagu Waka Waka versi terbaru..Shakira Kalau Tengok Nih Confirm Nangis

  • iya betul mantep tuh Pantai Dreamland…gak nyesel dah…Tiket masuknya jg murah 5000 doang…