DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Akasia Ilusi Episod Akhir

Nampaknya drama Ilusi akan berakhir pada minggu ini dan saya tahu anda semua terutama peminat akasia ilusi di tv3 pasti tertunggu – tunggu episod akhir ilusi.

Sinopsis ilusi

Ilusi mengisahkan seorang gadis bernama Lyza (Diana Rafar) yang mampu meramal masa depan. Lyza dan Shahril (Ryzal Jafar) berkawan rapat dan saling mempunyai telepati yang mampu membaca fikiran sesama sendiri. Shahril mengambil keputusan untuk melamar dan berkahwin dengan Lyza setelah didorong rakannya, Rizal (Ashraf Muslim). Sebelum pernikahan Lyza dan Shahril, Lyza mendapat bayangan bahawa sesuatu akan berlaku pada Shahril apabila melihat jam tangan yang dipakai oleh Rizal.

Ramalan Lyza tepat apabila Shahril terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Lyza mula berubah sikap dengan menjadi murung dan selalu mendapat bayangan apabila menyentuh baju2 milik Shahril. Rizal yang juga kawan baik Lyza dan Shahril selalu memberi semangat dan sokongan terhadap Lyza. Kebaikan Ryzal disenangi oleh ayah Lyza, Hameed dan datuknya, Mansor. Selepas Lyza berkahwin dengan Rizal, tanpa disedari dia kini berdepan dengan ancaman.

Dengan kuasa telepatinya, akhirnya Lyza dapat merungkai penyebab kemalangan bakal suaminya, Shahril yang telah dirancang.

Adakah semua nya ilusi yang lyza dapat sebelum dia berkahwin dengan dengan tunang dia? Kalau betul, mesti rizal tak dapat nak teruskan komplot jahat papanya. ahaha. Cayalah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tentang Penulis

Fulltime Blogger

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

5 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini

  • awe suke tgk cerita ni…ptg2 balik keje mmg ngadap

    ~ blh kah kau baca..isi hatiku ~…heheheh

  • eh, dah nak abeh ek?
    jarang dapat tengok cite ni sbb bz lak lately..
    huhuhu
    cian lyza tu

  • tak dok tv kat hostel, hohoho

  • uish
    dah nak habis ker?
    sah mak den ada dkt rumah tgh tgok nih
    hahaha

    P/S : Rajnikanth Nak Datang Malaysia? Biar Betul?? Nak Kena Pergi Jumpa Nih!

  • ya la nah abis dah