DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

!!..Al Fatihah untuk Allahyarham Din Beramboi..!!

Su

Al Fatihah buat Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44,  yang telah meninggal dunia pada jam 12.30 tengah malam. Allahyarham dimasukkan ke ICU di Hospital Selayang 2-3 hari yang lepas setelah mengadu letih satu badan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Suhaini Che Man dan 3 orang anak Nil Aina,17, Mior Syafiq Aridhuan,12 dan Nir Ain.

Din Beramboi mulanya dikatakan terkena Virus Rat Pee, namun berita terkini mengatakan bahawa Din Beramboi sebenarnya terkena penyakit denggi berdarah dan ‘Dengue Shock Syndrome’. Dia mengalami perdarahan dalaman dengan komplikasi kegagalan beberapa organ utama dan keadaannya sangat tenat serta kritikal sewaktu ditahan di ICU.

Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir jam 12.30am.Kematian din beramboi telah disahkan oleh faizal tahir dan juga pengurus astro prima, nizam sani. Menurut sumber Mystar Online, ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir. Turut berada di sisi Allahyarham ialah anggota keluarga terdekat dan tiga rakan artis, Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

Menurut sumber yang dipetik dari harian metro, Din Beramboi dikatakan mula demam sejak 23 Mac minggu lalu dan semakin kritikal sehingga tidak boleh bangun tetapi disebabkan tidak suka berjumpa doktor, pelawak itu hanya mendapatkan khidmat urut membuang angin.

Selain menjadi penyampai radio, Allahyarham juga pernah bergiat dalam bidang nyanyian, kartunis, pelakon dan pernah menjadi juri dalam rancangan program realiti Raja Lawak dan merupakan penyampai radio yang mendapat tempat dikalangan pendengar radio era yang dihoskan bersama aznil haji nawawi.



Allahyarham tercalon dalam top 5, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009) buat pertama kali yang akan diadakan Ahad ini bagi kategori penyampai radio lelaki popular.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ kata adik allahyarham ketika ditemui di hospital itu.

Kehilangan allaryarham Din Beramboi sangat dirasai terutama

Inalillah wainnalillah hirojiun…
12.30am, 02 april 2010.

Antara video terakhir allahyarham din beramboi :

Din Beramboi dalam kenangan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tentang Penulis

Working as Personal Trainer and Fulltime Blogger.

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

12 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini

  • al-fatihah!!!

    *mantap bro,..isi ckup…variety!!!
    .-= nanajoe´s last blog ....:: Din Beramboi meninggal dunia ::.. =-.

  • al fatihah bt arwah

  • al-fatihah buat abg din..
    .-= fina fento´s last blog ..Aku Join Mencari The Ranggi =-.

  • al- fatihah untuk arwah dan salam takziah buat family arwah..

    sentap jugak bila dgr dr radio pagi taid..mmc tak caya je abg din dh takde..

    smoga arwah ditempat di kalangan org beriman..amiin

  • Al fatihah .. =)
    .-= Nina´s last blog ..Ole-ole dari Jakarta oleh Yuka-Luv =-.

  • Al-Fatihah buat Arwah…dia mmg kelakr kan..slamber..skang da xder agak rase lah kehilangannya…Allah sayangkan Arwah tu..

  • still tak boleh nak accept pemergian Allahyarham sebab suka sangat dia buat lawak pagi2 dekat ERA..but nak buat macamana kan..itulah takdir yang telah ditentukan olehNYA..memang betul pun dia cakap..kalau orang meninggal dunia, jangan nangis jangan bersedih..seelok2nya sedekahkan Al-Fatihah buat mereka..Al-Fatihah buat Allahyarham Meor Ahmad Fuad Bin Meor Badri..

  • i’m constantly bumping all around the web just about all of the morning thus I choose to read quite a bit, which unfortunately isn’t typically a beneficial matter as the largest part of the web pages I view are composed of useless rubbish copied from other internet websites a trillion times, but I have to give you credit this website is in actual fact enjoyable and seems to have a lot of unique substance, for that reason thanks for helping to stop the trends of simply copying other individual’s sites

  • Yes you learn more while you share your knowledge with others. . . . . .

  • Thanks , I’ve just been looking for info about this topic for ages and yours is the greatest I’ve discovered so far. But, what about the conclusion? Are you sure about the source?

  • I have taken note that of all different types of insurance, health care insurance is the most questionable because of the clash between the insurance cover company’s obligation to remain profitable and the client’s need to have insurance policies. Insurance companies’ revenue on wellness plans are very low, so some corporations struggle to profit. Thanks for the suggestions you write about through this website.

  • Thank you for the good writeup. It in truth was a enjoyment account it. Glance complicated to far added agreeable from you! By the way, how can we keep up a correspondence?