'


Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010

Slot Hiburan July 3rd, 2010

Kemaskini mengenai Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 atau Banci 2010.  Jabatan Perangkaan akan menyelaras pelaksanaan Banci 2010 yang akan bermula 6 Julai hingga 22 Ogos 2010 yang akan melibatkan sembilan juta tempat kediaman dan membabitkan kira-kira 29 juta penduduk Malaysia dengan anggaran 7.3 peratus daripadanya adalah warga asing.

INFO Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010

Banci penduduk  akan dibuat setiap 10 tahun dan Banci 2010 ini adalah banci kelima yang dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. Banci terakhir dijalankan di kalangan penduduk Malaysia adalah pada tahun 2000.

Objektif Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010;

  • Mengumpul maklumat perangkaan yang menyeluruh berkaitan penduduk dan perumahan negara.
  • Menyediakan maklumat yang meluas tentang:
  • - Bilangan penduduk dan isi rumah serta ciri-ciri demografi, sosial dan ekonomi;
    - Bilangan tempat kediaman mengikut jenis, ciri dan kemudahan asas yang sedia ada.

  • Menyediakan data asas penduduk dan perumahan di pelbagai peringkat geografi sehingga kekawasan yang kecil;
  • Mendapatkan maklumat terperinci berkaitan migrasi dalaman dan antarabangsa untuk melihat pola migrasi;
  • Asas kepada penyediaan geran daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri; dan
  • Input kepada anggaran dan unjuran penduduk semasa

Jabatan Perangkaan turut memperkenalkan kaedah terbaru pembancian iaitu secara dalam talian (online) atau e-census.

Secara ringkasnya kaedah pembancian banci 2010 akan dilaksanakan secara tiga kaedah:

1. Temuramah bersemuka;
Pembanci akan melawat ke setiap tempat kediaman untuk menemu ramah penduduk bagi mendapatkan maklumat

2. Pengisian sendiri atau Drop-off and Pick-up
Pembanci akan meninggalkan (drop-off) Kit Banci untuk responden mengisi sendiri dokumen berkenaan. Pembanci akan kembali pada tarikh yang dipersetujui untuk mengambil semula (pick-up) dokumen yang telah lengkap diisi

3. e-census (online).
Responden boleh mengisi soal selidik secara online melalui laman web Jabatan Perangkaan. Butir-butir Pengenalan (ID) akan dibekalkan dalam Kit Banci bagi membolehkan responden mengakses ke sistem e-Census.

sumber bacaan lanjut di http://www.statistics.gov.my/.

Incoming search terms:

One Response to “Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010”

  1. jj Says:

    babi punye banci…gaji x masok2…bodoh gampang babi setan haramjadah banci….



Leave a Reply