Archive for the ‘Exercise Vs Healthy Diet’ Category:
Tips Mengelakkan Diri dari Menjadi Mangsa Fesyen
Salam semua.
Selalunya terdapat dikalangan anda yang terlalu taksub dan obses dengan fesyen yang up to date sehingga menggayakan fesyen yang mengundang reaksi kurang selesa daripada orang sekeliling. Mangsa Fesyen ini dikatakan cenderung mencuba apa saja pakaian dan membeli apa saja barangan yang dicadangkan oleh orang lain sehingga menjadi bahan kritikan tanpa disedari mencacatkan mata yang memandang.
Beberapa Tips yang Mungkin boleh dikongsi bersama;
Sentiasa jadi diri sendiri
Pilih pakaian dan aksesori yang kita fikirkan menarik, bukan semata-mata mengikut trend fesyen. Bila berfesyen pastikan memilih yang bersesuaian dengan umur, potongan tubuh badan, imej dan personaliti serta mengambil kira acara, majlis dan lokasi.
Usah berlebihan
Jangan terlebih dalam berfesyen. Anda tidak perlu gayakan semua pakaian dan aksesori popular dalam satu masa. Ia kelihatan pelik dan janggal. Cadangan saya, tidak perlu membazir, memadai membeli beberapa pakaian yang trendy mengikut musim. Kemudian, suai dan padan dengan item fesyen asas yang terdapat di dalam almari pakaian anda.

Suai dan padan
Pakaian baharu yang sesuai dipraktikkan suai padan bersama item fesyen lama secara bijak dan kreatif. Selalunya, kaedah ini membantu menyuntik penampilan yang lebih menarik dan segak. Lagipun, ia menjimatkan wang anda.
Rancang beli-belah
Sebelum anda bercadang untuk membeli pakaian ataupun aksesori baharu, tanya diri sendiri sama ada anda membelinya kerana ia barang terkini atau kerana anda betul-betul memerlukannya? Jika anda membeli hanya kerana jenama barangan tersebut, lupakan sahaja kerana lama-kelamaan anda kurang menyukai pakaian itu.
Jangan mudah terpengaruh
Pengaruh memainkan peranan penting dalam memilih pakaian. Asal nampak hensem dan stylo semua pun nak bertukar jadi stylo sama. Bukan tak boleh cuma kena sesuaikan dengan badan. Kalau model berketak pakai baju fit tapi badan anda cuma hanya 1 pack ke depan , pakai pula baju fit rasanya sangatla tidak cool!
P/s: Mengambil inspirasi untuk lebih bergaya tidak salah, cuma ia perlu disesuaikan dan diolah mengikut gaya hidup.
Incoming search terms:
Seluar Jeans dan Cara Pemakaiannya
Salam semuaa..
Mungkin anda juga seperti kebanyakan lelaki lain iaitu mempunyai beberapa helai jeans dalam almari. Semestinya jeans itu menjadi pakaian harian mahupun hujung minggu yang paling selesa. Biarpun anda menyukai jeans tersebut, namun mungkin anda pernah menghadapi masalah tidak tahu bila untuk memakainya dan apa padanan sesuai untuk digayakan. Saya kongsikan panduan untuk mengayakan jeans pilihan anda mengikut kesesuaian majlis.

1. Semua jeans tidak direka sama. Ada jeans yang direka sangat kasual dan ada yang sesuai untuk gaya smart casual. Oleh itu, pastikan anda mempunyai kedua-dua jenis jeans ini di dalam almari pakaian. Jeans kasual lebih pudar, berkedut dan mungkin juga sedikit koyak. Manakala jeans berwarna gelap dengan potongan yang kemas lebih sesuai untuk acara yang semi formal.

2. Sehelai jeans tidak akan menyerlah tanpa padanan yang sesuai. Apa yang anda suaipadankan dengan jeans akan menonjolkan diri ataupun menjadikan anda kelihatan terlalu kasual. Padanan jeans dengan kemeja button-down jenis slim fit membuatkan anda menyerlah dan sesuai untuk temujanji kasual. Sesuai juga untuk ke pejabat jika anda bekerja di bidang kreatif dan pada sebelah malamnya, gayakan dengan jaket kasual.
3. Gayakan jeans rona gelap anda dengan blazer. Ini akan menonjolkan diri dengan gaya yang lebih kemas dan anda kelihatan sangat moden apabila digayakan dengan sepasang kasut sesuai.
Incoming search terms:
- cara pakai seluar jeans (1)
- cara pemilihan jeans (1)
- kemeja pandanan seluar (1)
- pakaian makan malam lelaki (1)
- pakaian makan malam lelaki satu malaysia (1)
Batu Karang Petanda Penyakit Buah Pinggang
Salam semuaa.
Batu Karang dan Lelaki seumpama adik beradik tak mampu nak dipisahkan. batu karang jangan diambil mudah kerana ia boleh menjejaskan aktiviti seharian.
Batu karang merujuk keadaan yang mana wujud sisa mineral halus seakan-akan batu kristal di sepanjang saluran kencing. Saluran ini merangkumi organ seperti buah pinggang, ureter, pundi kencing dan urethra yang berfungsi menapis darah untuk membuang kekotoran yang kemudian disingkir dari tubuh.
Pembentukan batu biasanya bermula di buah pinggang sebelum bergerak ke bahagian lain saluran kencing hingga tersumbat di tiub yang lebih kecil seperti batu pundi, batu uriterik dan batu buah pinggang menyebabkan pesakit berasa sakit yang teramat sangat.
Penyakit batu karang lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita iaitu pada nisbah tiga lelaki bagi setiap seorang wanita. Ini disebabkan lelaki memiliki hormon testosteron yang tinggi dan menjelaskan mengapa orang tua dan kanak-kanak jarang mendapat penyakit ini memandangkan hormon testosteron mereka rendah. Mungkin ada yang belum tahu, batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis. Kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan.
Incoming search terms:
- baju tidur wanita (2)
- sakit testosteron (2)
- sakit buah pinggang (1)
- sakit batu karang (1)
- kening lelaki (1)
- kemeja terkini online (1)
- jenis fesyen terbaru 2012 (1)
- Fesyen rambut perempuan (1)
- fasyen lelaki urbun (1)
- exercise untuk sakit buah pinggang (1)



