'


Tips Mengelakkan Diri dari Menjadi Mangsa Fesyen

February 2nd, 2012 7 Comments   Posted in darkbatman, Tips Penjagaan Diri

 

Salam semua.

Selalunya terdapat dikalangan anda yang terlalu taksub dan obses dengan fesyen yang up to date sehingga menggayakan fesyen yang mengundang reaksi kurang selesa daripada orang sekeliling. Mangsa Fesyen ini dikatakan cenderung mencuba apa saja pakaian dan membeli apa saja barangan yang dicadangkan oleh orang lain sehingga menjadi bahan kritikan tanpa disedari mencacatkan mata yang memandang.

 

Beberapa Tips yang Mungkin boleh dikongsi bersama;

Sentiasa jadi diri sendiri

Pilih pakaian dan aksesori yang kita fikirkan menarik, bukan semata-mata mengikut trend fesyen. Bila berfesyen pastikan memilih yang bersesuaian dengan umur, potongan tubuh badan, imej dan personaliti serta mengambil kira acara, majlis dan lokasi.

Usah berlebihan

Jangan terlebih dalam berfesyen. Anda tidak perlu gayakan semua pakaian dan aksesori popular dalam satu masa. Ia kelihatan pelik dan janggal. Cadangan saya, tidak perlu membazir, memadai membeli beberapa pakaian yang trendy mengikut musim. Kemudian, suai dan padan dengan item fesyen asas yang terdapat di dalam almari pakaian anda.

Suai dan padan

Pakaian baharu yang sesuai dipraktikkan suai padan bersama item fesyen lama secara bijak dan kreatif. Selalunya, kaedah ini membantu menyuntik penampilan yang lebih menarik dan segak. Lagipun, ia menjimatkan wang anda.

Rancang beli-belah

Sebelum anda bercadang untuk membeli pakaian ataupun aksesori baharu, tanya diri sendiri sama ada anda membelinya kerana ia barang terkini atau kerana anda betul-betul memerlukannya? Jika anda membeli hanya kerana jenama barangan tersebut, lupakan sahaja kerana lama-kelamaan anda kurang menyukai pakaian itu.

Jangan mudah terpengaruh

Pengaruh memainkan peranan penting dalam memilih pakaian. Asal nampak hensem dan stylo semua pun nak bertukar jadi stylo sama. Bukan tak boleh cuma kena sesuaikan dengan badan. Kalau model berketak pakai baju fit tapi badan anda cuma hanya 1 pack ke depan , pakai pula baju fit rasanya sangatla tidak cool!

P/s: Mengambil inspirasi untuk lebih bergaya tidak salah, cuma ia perlu disesuaikan dan diolah mengikut gaya hidup.

Incoming search terms:

Seluar Jeans dan Cara Pemakaiannya

February 1st, 2012 4 Comments   Posted in darkbatman, Tips Penjagaan Diri

Salam semuaa..

Mungkin anda juga seperti kebanyakan lelaki lain iaitu mempunyai beberapa helai jeans dalam almari. Semestinya jeans itu menjadi pakaian harian mahupun hujung minggu yang paling selesa. Biarpun anda menyukai jeans tersebut, namun mungkin anda pernah menghadapi masalah tidak tahu bila untuk memakainya dan apa padanan sesuai untuk digayakan. Saya kongsikan panduan untuk mengayakan jeans pilihan anda mengikut kesesuaian majlis.

1. Semua jeans tidak direka sama. Ada jeans yang direka sangat kasual dan ada yang sesuai untuk gaya smart casual. Oleh itu, pastikan anda mempunyai kedua-dua jenis jeans ini di dalam almari pakaian. Jeans kasual lebih pudar, berkedut dan mungkin juga sedikit koyak. Manakala jeans berwarna gelap dengan potongan yang kemas lebih sesuai untuk acara yang semi formal.

2. Sehelai jeans tidak akan menyerlah tanpa padanan yang sesuai. Apa yang anda suaipadankan dengan jeans akan menonjolkan diri ataupun menjadikan anda kelihatan terlalu kasual. Padanan jeans dengan kemeja button-down jenis slim fit membuatkan anda menyerlah dan sesuai untuk temujanji kasual. Sesuai juga untuk ke pejabat jika anda bekerja di bidang kreatif dan pada sebelah malamnya, gayakan dengan jaket kasual.

3. Gayakan jeans rona gelap anda dengan blazer. Ini akan menonjolkan diri dengan gaya yang lebih kemas dan anda kelihatan sangat moden apabila digayakan dengan sepasang kasut sesuai.

Incoming search terms:

Penjagaan Rambut Sebelum tidur

January 28th, 2012 7 Comments   Posted in darkbatman, Tips Penjagaan Diri

Berapa ramai yang tahu jenis sikat dan cara menyikat rambut sebenarnya mempengaruhi kesihatan rambut? DUNIA fesye rambut berkembang setiap minit. Sama ada anda seorang wanita atau lelaki, penting bagi anda untuk mengetahui penjagaan rambut yang betul dan mudah dilakukan di rumah.

Perkara asas yang harus dititikberatkan ialah cara menyikat rambut. “Ramai yang menganggap bahawa menyikat secara kerap boleh membawa kemudaratan” sedangkan masalah sebenarnya ialah penggunaan sikat yang tidak bermutu atau sikat mahal. Apa kata anda sikat rambut sebelum masuk tidur dan pada waktu pagi sebelum mandi. Ketika bersiap untuk ke tempat kerja, anda mungkin boleh guna jari untuk menggayakan stail rambut.

“Jangan sapukan gel atau minyak selepas rambut dicuci. Ini kerana anda tidak berupaya mengubah stail sehingga cucian seterusnya. Sebaliknya, biarkan rambut anda bebas untuk pelbagai stail sepanjang hari atau hari kedua.”

Gosok dengan jari

Caranya amat mudah. Selepas menyapukan syampu di atas kepala, gosok dengan hujung jari selama beberapa minit. Kemudian, gunakan sikat untuk disebar ke seluruh dan hujung rambut. Cuci hingga bersih dan sapukan perapi rambut di atas rambut. Kemudian, gunakan sikat sekali lagi untuk menyebarkan perapi tersebut. Akhirnya, bilas dan keringkan rambut seperti biasa.

P/s: Untuk kesan yang lebih baik, sebaiknya sikatlah rambut sambil menundukkan kepala. Lakukan sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam bagi mempercepatkan pertumbuhan rambut
.

Incoming search terms: