DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Kategori Artikel : Tips Penjagaan Diri

Fesyen Baju Lelaki 2012 Terkini

 

Salam semuaa.

Mungkin ramai dikalangan anda yang mencari koleksi baju yang sesuai untuk digayakan setiap hari tetapi masih mencari fesyen yang lebih trendy dan terkini. Kali ini, saya kongsi fesyen lelaki 2012 terkini supaya anda boleh lebih maskulin. Kehkehkeh!

Polo T Shirt tampak ringkas tapi menonjolkan elemen keseksian dan bergaya walaupun hanya plain design.

Kemeja seringkali dipadankan dengan lelaki korea tetapi ramai di antara kita yang terikutkan fesyen korea tanpa sedar kemeja sebegini menjadi pilihan terkini di Malaysia.

Cara nak memilih baju kemeja yang sesuai, anda boleh masuk kat entri Tips memilih kemeja lelaki.

Trend fesyen lelaki selalu dikatakan sedikit perlahan dari gaya fesyen dan trend wanita tetapi ada betulnya. Kalau dikaji, online shop perempuan jauh berlambak dari online shop baju lelaki. Bukti? Buka jerlaa facebook kaum perempuan mesti penuh dengan aktiviti shopping setiap hari kat wall dorang. Tak perlu bukti kukuh kerana Facebook ada jawapannya. Kehkehkeh!

Fesyen Jaket ini jarang dipakai untuk lelaki Malaysia tapi walaupun negara kita sejuk panas takde musim tapi K-Pop punya penangan jangan dipandang remeh. Walaupun panas tetap menjadi pilihan untuk kelihatan Kacak di bawah terik matahari.

Last but not least, kemeja kasual yang menjadi pilihan saya dan seringkali juga saya sendiri gayakan pada setiap event. Walaupun mungkin sedikit kurang menonjol terutama apabila body dah mengecut tapi masih nampak maskulin sekiranya memilih cutting yang lebih fit di bahagian pinggang. Lebih segar kalau disesuaikan dengan bangle gelang?

 

Incoming search terms:

Lelaki Metroseksual Semakin DiMinati

 

Bak melangkah keluar daripada kepompong lama, semakin hari terserlah kemahuan lelaki untuk tampil lebih kacak dan bergaya. Jika suatu ketika dulu, soal gaya atau berdandan menjadi janggal dalam dunia lelaki, perubahan semasa dan gaya hidup sukar disangkal.

Penggunaan pencuci muka, penyegar, mencukur bulu kening dan pelembap bibir, semua itu adalah senario biasa dalam dunia jejaka moden hari ini. Istilah metroseksual yang diambil daripada maksud Yunani adalah menggambarkan lelaki heteroseksual metropolitan yang menjaga penampilan diri dari semua aspek seperti mana lelaki urban.

Tidak saja lambakan produk penjagaan wajah bermula daripada pencuci muka, krim anti penuaan, krim pelembap mata, pupur hinggalah kepada set bercukur yang kini sudah dikenali lelaki. Malah, golongan lelaki yang suatu ketika dulu cukup ‘geli’ apabila diminta menyapu losyen tangan kini tanpa segan selesa berkunjung ke pusat rawatan spa atau melakukan rawatan kuku.

Biar apapun tanggapan atau istilah metroseksual mengikut pemahaman diri, tidak salah rasanya golongan lelaki menyahut perubahan dari segi penampilan. Tidak perlu terburu-buru untuk melakukan transformasi, memadai andai menggunakan pencuci wajah. Sedikit alternatif dilakukan, tentu ada perubahan di kemudian hari.

Incoming search terms:

Bangle Lelaki

 

Salam semuaa.

Bangle lelaki atau lebih dikenali dengan gelang lelaki antara aksesori yang dipakai oleh golongan muda hari ini. Berbanding wanita, aksesori utk lelaki memang terbatas.

Selain jam tangan, anda juga boleh memilih bracelet perak utk djadikan sebagai pelengkap gaya.Walaupun harganya agak mahal berbanding gelang getah berwarna warni, bracelet perak tetap menjadi pilihan remaja tampil bergaya mewah. Malah ia juga sesuai dgayakan dgn t-shirt & jeans.

Nampak lebih ekslusif dan bergaya!

 

Walaupun bangle perak menjadi pilihan, bangle tali ini pun di antara aksesori pilihan remaja lelaki yang ingin tampil lebih maskulin. Tepuk dada tanya hati yang mana satu berkenan di jiwa. :P

Incoming search terms:

Muka Surat : « Undur123456Depan »