DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Kategori Artikel : bella

Aksi Manja Si Bella

 

Salam semuaa..

Agak lama tak update perkembangan terbaru si Bella yang kini tengah preggy anak Hero. Sekarang genap setahun umur Bella bersama saya.

Aksi manja di atas sofa

Buat masa ini, saya terpaksa asingkan Hero yang asyik nak mating memandangkan Bella pun tengah preggy. Juliet pulak baru 2 bulan bersalin jadi dalam rumah ini tak memerlukan kucing jantan melainkan anak – anak Juliet yang comel.

Spot Junior, Romeo dan Bella. Happy Family!

P/s: Hopefully, 3 ekor anak Juliet akan hidup lebih lama.

 

Incoming search terms:

My Beautiful Bella..

 

 

 

P/s: Lagi sebulan dapat baby lagiii..

Tips Menjaga Kucing Mengandung l Bella vs Juliet

 

Salam semuaa..

Rasa macam pelik pun ada bila letak tips menjaga kucing mengandung. Kehkehkeh! Kali ini sekadar berkongsi cara menjaga kucing parsi yang mengandung memandangkan seekor dah meletup.

Cara nak menjaga ibu kucing ini tak sukar sepertimana nak jaga kucing yang dahpun bersalin. Tempoh kucing mengandung biasanya mengambil masa 2 bulan – 2 bulan 1/2 dan biasa seminggu selepas mengawan, saya akan terus kira waktu untuk mak labu ini meletup. Kehkehkeh!

Bukan apa, kalau time dia nak bersalin tiba – tiba pulak datang hal yang tidak dijangkakan? Haaa parah jugak! Kucing parsi tak semuanya pandai nak jaga anak terutama sewaktu beranak. Ada yang memang tak tahu nak potong talipusat dan ada yang tak pandai nak dukung anak. Kehkehkeh!

Selalunya, sewaktu kucing ini mengandung, saya tukarkan makanan biasa kepada makanan anak kucing supaya kitten mendapat protein lebih disertakan dengan susu. Sekali dua memang kucing ini akan menolak tapi kalau anda buatkan susu yang pekat dan kerap suapkan dulu, kali keempat tu tak payah tunggu kita suap. Dia sendiri datang nak minum. Kehkehkeh!

Kucing ini biasanya berdisiplin. Kalau kita bagi makan pukul 8 pagi esoknya mestilaa kena waktu yang sama supaya baby ini mendapat nutrien yang secukupnya. Seeloknya kalau kat rumah tu ada binatang kecik seperti lipas, cicak dan serangga yang tidak diingini, jangan lupa bersihkan kerana kucing parsi ini sangat sensitif pada serangga kecil dan mudah terkena jangkitan kuman.

P/s: Susahnya nak jaga anak kucing baru lahir. Haihhhhhh!

Incoming search terms:

Muka Surat : 12Depan »