DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Kategori Artikel : Nuffnang

Trafik Darkbatman Sepanjang Minggu Ini

Salam semuaa..

Rasanya dah lama hampir setengah tahun tak pernah update pasal trafik blog darkbatman.com. Dua tiga menjak ini post untuk blog berkurangan daripada biasa tetapi kekangan masa tetap saya update mana yang sempat untuk anda semua. Walaupun blog in dah tak berapa aktif macam dulu dengan entri masakan, video fitness tapi insyaAllah semua itu akan diserapkan semula nanti.

Sekarang ini walaupun saya jarang update tetapi sambutan daripada reader semakin menggalakkan. Mulanya rasa macam mesti trafik akan berkurang tambah pulak fanpages pun dah kurang ping entri  tapi alhamdulillah sehingga hari ini blog darkbatman masih mampu mengekalkan trafik 2k sehari tanpa entri yang banyak juga tanpa ping kat mana – mana. Terima kasih buat reader blog.

Blog ini dihasilkan dengan niat untuk berkongsi ilmu dan juga pengalaman bersama reader. Walaupun tanpa income seperti dulu tetapi tetap bersyukur dengan ilmu yang dikongsikan di dalam blog dapat memberi manfaat kepada anda semua. Kepuasan berblog lebih diperolehi tanpa meletakkan harga kerana apabila tiada income semangat berblog takkan hilang kerana kembali kepada niat asal. Selamat berblogging semua.

 

Incoming search terms:

Happy Birthday Nuffnang yang ke 5

Salam semuaa.

Nuffnang turning into 5? Sebelum terlambat walaupun dah masuk  bulan mac, saya nak wish Happy Birthday Nuffnang. Gambar potong kek takde dalam stok ingatkan takde kek malam tu tapi rupanya terlambat punya pasal, terlepas aksi memotong kek beramai – ramai.

Bila sampai, Fat Phabesdah bagi hadiah untuk games pertama iaitu blogger perlu meneka untuk mendapatkan hadiah.

Siapa yang bernasib baik dapat menang T Shirt dan juga bawa balik beberapa barangan lain. Malangnya saya bukanlah antara mereka yang bernasib baik kerana pening dengan bunyi bising. Kehkehkeh!

Dah puas main games ada juga band yang membuat persembahan. Lagu yang boleh layan masa dia menyanyi lagu I Gotta Feeling. Feeling sampai boleh makan sampai kenyang. :D

Malam tu, tak banyak gambar yang boleh snap sangat sebab suasana gelap jadi layan saja gambar yang ada. Terima kasih banyak buat Nuffnang yang invite untuk party kali ini. Nampak serasi bila semua berbaju biru. Kehkehkeh!

P/s: Happy Birthday Nuffnang 2012. :D

Incoming search terms:

Nuffnang Asia Pasific Blog Awards (Napbas 2011)

 

Salam semuaa..

Tanpa membuang masa, saya nak ucapkan TAHNIAH buat abangnara atas kemenangan beliau untuk kategori BEST ENTERTAINMENT BLOG di  Nuffnang Asia Pasific Blog Awards (Napbas 2011). Tahniah! Tahniah! Tahniah! Kemenangan yang menjadi perangsang buat para blogger untuk lebih bersemangat menulis blog.

Hari yang dijanjikan akhirnya tiba tapi malangnya saya sampai dipermulaan event kerana kekeliruan pada alamat dan kesesakan lalulintas di hari jumaat. Dengan rasa gemuruh dan sedikit gementar, akhirnya sampai juga di JW Marriot tapi semua blogger dahpun masuk kat dalam ballroom. Sedikit perasaan cemas bersalut di hati! Kehkehkeh!

Bertemakan Black Tie, pertama kali memakai kot untuk event yang besar. Nervous! Nervous!

Apa pun, terima kasih bebanyak buat nuffnang yang sudi invite saya untuk event berprestij kali ini. Sangat bermakna boleh jumpa dengan Top Blogger dari negara yang berlainan. Pengalaman yang mungkin tak dapat nak diluahkan dengan kata – kata. Luah dalam hati jerlaaa nampaknya.

Dah nama anugerah semestinya mengharapkan acara yang penuh kejutan. Persembahan pembukaan memang terbaik dengan tarian tiang selain dimeriahkan sekali dengan Reshmonu, James Baum dan lawak Harith Iskandar. Ada betulnya bila dia cakap tentang lirik Grenade Bruno Mars  ”I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)”. Kalau sayang isteri sekalipun, takkanlah nak pilih grenade. Tak sayang bini namanya tu. Kehkehkeh!

Sesambil makan, sesambil tengok pemenang bagi setiap kategori yang dicalonkan. BEST PHOTOGRAPHY BLOG dimenangi oleh www.photoblog.hk. Gambar makanan takde untuk entri kali ini sebabnya photographer saya terpisah ke meja lain. Susah bila tak bawak kamera sendiri.

Nampak? Nampak? Nampak ape? Tuu haa awek cun! Sueannajoe! Kehkehkeh!

Dah habis penyampaian awards, aksi bergambar pula diteruskan. Kalaulah ada awards untuk bergambar paling banyak agaknya siapa yang menang ehhhhh? Semestinya blogger perempuan! First picture from napbas 2011, bergambar dengan Viruspadu. Sentiasa gorgeous always! Last jumpa masa kat Mek T bulan puasa lepas.

Dikelilingi oleh dua blogger cantik, Rohani dan Reen. Hi girls! Kehkehkeh!

Daniel Adie? Ehh siapa Daniel Adie? Kenal dia bila Nisa Kay selalu ehh kerap menyebut nama keramat Daniel Adie time tengah serabut mencari destinasi Napbas 2011. Dah masuk dalam kereta, dah bergerak suku jalan semua tak tahu tempat kat mana terus otak hang sesaat! Sigh*

Partner satu kereta th3bor3dsha. Nasib ada pertolongan gps kak sha, kalau tak mesti kecewa 44 hari tak sampai di Marriot. Kehkehkeh!

Di mana ada Viruspadu, mesti ada Ceeramoon. Terpandang selepas dia dah nak balik tapi sempat kejar untuk bergambar. Nasib tak lari 100 meter w boot! Baru terbaca kat entri dia ”budak jiwang dalam twitter”. Jiwang ker? Kehkehkeh!

The bloggers @napbas2011.  th3bor3dsha,  Putra, Ciklilyputih,Me, Madam, Wawa, and  Alyza Fisol.

 

Dah habis bergambar dengan blogger, diteruskan lagi dengan nuffies. Bersama Thara yang sama berbaju hitam!

W Farah yang berbaju hitam. Ehhh tema semua black bila berposing nampak sedondon! Kehkehkeh!

W Sara Khoo.

Acara meninggalkan jejak di board napbas merupakan aktiviti last sebelum balik ke rumah. Napbas ni dianjurkan setahun sekali tapi berlainan negara jadi next year pastinya bukan kat Malaysia. Being a blogger pun diiktiraf seperti artis! Lepas ini kena berusaha lebih supaya mendapat tempat di hati reader nampaknya.

 

MORE PICTURES : LIKES FANPAGES DARKBATMAN.COM

 

 

 

P/s: Tak sempat nak bergambar dengan top blogger sebabnya terlalu ramai yang menunggu untuk snap bersama dorang. Nama pun TOP jadi saya cuma menunggu kat luar ballroom untuk bergambar. Thanx nuffnang for this invitation such a great honor to be there!

 

 

 

 

Incoming search terms:

Muka Surat : 1234567...41Depan »