DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Kategori Artikel : Tutorial

Trafik Darkbatman Sepanjang Minggu Ini

Salam semuaa..

Rasanya dah lama hampir setengah tahun tak pernah update pasal trafik blog darkbatman.com. Dua tiga menjak ini post untuk blog berkurangan daripada biasa tetapi kekangan masa tetap saya update mana yang sempat untuk anda semua. Walaupun blog in dah tak berapa aktif macam dulu dengan entri masakan, video fitness tapi insyaAllah semua itu akan diserapkan semula nanti.

Sekarang ini walaupun saya jarang update tetapi sambutan daripada reader semakin menggalakkan. Mulanya rasa macam mesti trafik akan berkurang tambah pulak fanpages pun dah kurang ping entri  tapi alhamdulillah sehingga hari ini blog darkbatman masih mampu mengekalkan trafik 2k sehari tanpa entri yang banyak juga tanpa ping kat mana – mana. Terima kasih buat reader blog.

Blog ini dihasilkan dengan niat untuk berkongsi ilmu dan juga pengalaman bersama reader. Walaupun tanpa income seperti dulu tetapi tetap bersyukur dengan ilmu yang dikongsikan di dalam blog dapat memberi manfaat kepada anda semua. Kepuasan berblog lebih diperolehi tanpa meletakkan harga kerana apabila tiada income semangat berblog takkan hilang kerana kembali kepada niat asal. Selamat berblogging semua.

 

Incoming search terms:

Macam Mana Nak Komen Entri Saya?

Salam semuaa..

Sebelum ini, ramai yang tertanya – tanya macam mana nak komen entri darkbatman memandangkan takde button untuk klik komen kat bawah entri. Hukkkk, sedihnya. Macam mana nak tinggal jejak kalau tak boleh komen entri?

Terharunya hati bila ada yang sudi tinggalkan komen kat blog saya. Dengan themes yang baru ini, kalau nak komen entri, anda kena klik pada entri baru dapat tinggalkan kentut dengan wangi. Kehkehkeh!

 

Oh ye, mungkin ada yang tertanya ”buang tabiat ker apa darkbatman asyik post entri santai + emo” tapi emo ker? kehkehkeh! Sebenarnya, bukanlah saya emo, bukan juga saya putus cinta tapi saya cuba kembalikan rentak menulis seawal berblogging dulu.

 

Ye! Ye! Saya memang putus cinta dulu tapi ituuu kisah lama. Mungkin sedikit pelik apabila saya banyak menulis dengan perasaan tapi kalau anda, anda dan anda yang dah lama setia dengan saya, pasti sudah biasa dengan entri lama versi baru yang suka merapu – rapu. Kehkehkeh!

 

 

P/s: Bak kata saya ”Seperti kerbau dilepaskan tali tetap pulang walaupun senja hari”. Sehebat mana kita menulis, sehebat mana kedudukan kita, setinggi mana kita dijunjung takkan sama dengan kepuasan hati.

Incoming search terms:

Darkbatman Lebih Segar dengan Themes Baru

 

Salam semuaa..

 

dbm

Sebelum ini, saya baru saja bertukar header baru hasil Fahmi Mahat dan daripada awal tahun, theme blog darkbatman bermasalah sehinggalah 2 bulan ini, blog bermasalah dengan google. Wawaaaaa, kijamnya google. kehkehkeh!

 

Sidebar kerap ke bawah dan loading yang slow masih boleh buat saya pejam sebelah mata tetapi bila google dah tak sayang, bontot terasa panas. kehkehkeh! Jenuh bertanya pada yang lebih pakar sehinggalah bro Kulanz sekali lagi ‘’rasanya dah berkali – kali beliau menolong’’ sudi membantu blog darkbatman.

 

Rupanyaaa.. blog dikenakan penalti oleh google disebabkan oleh loading blog berat juga plugin terlalu banyak. Sitemap bermasalah menyebabkan google merajuk dengan darkbatman. Fuhhhh, kecewa tak terkata bila blog kesayangan jadi macam ini.

 

Semua yang bro kulanz terangkan dalam entri tu sememangnya 100% jadik kat blog darkbatman. Kalau anda sukakan seo, mungkin anda kena pertimbangkan beberapa aspek yang boleh menyebabkan blog dikenakan penalti ataupun mungkin jugak dibanned oleh google.

 

tab

Semalam, blog darkbatman tampil dengan themes thesis dan paling saya suka tab kat atas tu yang lebih tersusun. kehkehkeh! Tak terungkap rasa syukur di hati bila blog mula kembali normal.

 

P/s: Time Kasih tak terhingga buat bro kulanz yang sudi fixed masalah blog saya. Sedikit kepenatan hari ini memandangkan baru berpindah rumah. Mungkin tak harus join kontes nippon paint?

Muka Surat : 1234567891011Depan »