DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Cinta Kirana di Youtube plus Sinopsis Episod 10

Hari ini, seperti biasa saya sempat menonton cinta kirana di astro ria episod 9. Tapi episod kali ini lebih kepada cinta kirana dan galang. Haih, agak membosankan sedikit daripada biasa tetapi episod 10 mungkin lebih best kot esok? Jom baca sinopsis dulu.

Part 1:

Galang membawa air minuman oren untuk melegakan rasa mabuk Kirana. Kirana tidak ingat lagi bahawa dia telah mabuk semalam. Galang lap bibir Kirana dan Riana ternampak apa yang berlaku dan dia berkata bahawa Galang telah menyakiti hatinya. Dia berasa cemburu. Riana minta Galang jangan lupa yang dia telah melamarnya sebelum ini dan menyarungkan cincin ke jarinya. Riana mengeluarkan cincin tersebut dan dibalingkan ke katil lalu beredar dari situ. Galang mengejar Riana. Riana tanya Galang apa lagi alasannya begitu baik dengan Kirana. Hati Galang sudah mulai jatuh cinta kepada Kirana dan dia tidak sanggup untuk memberitahu Riana. Riana tanya kenapa Galang tidak menjawab pertanyaannya. Riana kemudiannya memeluk nenek Galang dan mengadu kepada neneknya. Kata Riana itu semua tidak adil padanya. Nenek Galang minta Galang tanggungjawab dengan apa yang telah dilakukannya.

Kirana meminta izin untuk pergi dari situ. Pak Rama ingin minta pemandu mereka saja yang hantar Kirana tetapi Kirana enggan dan mengucapkan terima kasih atas segalanya pada Pak Rama.

Part 2:

Kirana sampai di rumahnya dan dia terus memeluk neneknya dan memberitahu neneknya bahawa dia amat merinduinya. Kirana memberitahu Ibu Surti adakah dia keberatan sekiranya dia tinggal di situ. Ibu Surti gembira dengan kepulangan Kirana. Nenek Kirana tanya adakah Kirana mempunyai masalah. Tetapi menurut Kirana dia cuma mahu memberi kejutan pada mereka dengan kepulangannya.

Galang meminta izin daripada Riana untuk pergi ke pejabat dan meninggalkan Riana sewaktu pertemuan mereka. Dalam hati Galang ternyata dia rindukan Kirana. Kirana pergi ke tempat Baim bekerja tetapi dia cuma mengelamun di situ. Kirana beritahu Baim bahawa dia tidak enak badan dan ingin pulang ke rumah istirehat. Rakan sekerja Baim kata mungkin Kirana dah biasa tinggal di rumah mewah dan dia tidak akan biasa berada di bengkel.

Part 4:

Galang hairan bagaimana dia boleh tiba di kampung tempat Kirana tinggal. Galang ternampak Kirana tetapi dia terus berdar dari situ dan kata pada dirinya dia tidak boleh lupakan Riana begitu saja. Kirana terus memanggil Galang apabila ternampak keretanya. Kirana menangis sendirian dan berkata pada dirinya bahawa dia tidak boleh mempunyai sebarang perasaan terhadap Galang kerana Galang sudah memiliki Riana. KIrana lap airmatnya dan kata dia harus kuat dan tidak boleh nangis atau bersedih. Kirana harus lupakan Galang.

Riana menelefon ibunya Galang meninggalkannya begitu saja. Riana diminta ibunya pergi ke rumah Galang saja. Tiba di rumah Galang buka pintu kamar Kirana dan memegang baju yang pernah pernah dipakai Kirana. Galang tanya pada dirinya kenapa dia begitu sukar sekali untuk lupakan Kirana. Galang duduk di katil Kirana (mendekatkan baju itu ke mukanya) Galang rindukan Kirana.

Part 5:

Riana menziarahi Galang di rumahnya. Dia ternampak Galang tertidur di kamar Kirana. Dia hairan kenapa Galang tidur di situ. riana memanggil Galang dan dia cuba bangunkan Galang. Tetapi Riana terdengar Galang memanggil nama Kirana minta Kirana jangan pergi. Riana sedih dan kata “Tak Mungkin” Dia berlinangan air mata dan pergi dari situ walaupun Ibu Aida memanggilnya dia terus meninggalkan rumah itu saja. Ibu Aida marah melihat Galang tidur di kamar Kirana. Pak Rama ingin memberitahu Sita agar memujuk Kirana kembali ke rumah mereka kembali kerana dia tahu Galang terasa kehilangan Kirana.

Riana tidak puas hati tentang Galang yang rindukan Kirana. Riana kata pada ibunya dia tidak dapat terima semua itu dan tahu apa yang harus dilakukannya. Galang bangun dan dia juga hairan bagaimana dia boleh tertidur di kamar Kirana.

Sambungan sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 10



Riana melihat Galang dan Kirana saling bertatapan. Riana marah dan mengingatkan Galang kalau ia sudah memintanya untuk menikah. Galang menyusul Riana dan membujuknya. Riana akhirnya tenang.

Kirana yang sadar kalau ia mulai memiliki perasaan pada Galang, memutuskan untuk pergi dari rumah. Kirana meminta ijin pada Rama untuk tinggal bersama Sita, di rumah Surti. Rama yang tidak bisa melarang Kirana, dengan berat hati mengijinkannya pergi.

Galang yang kemudian tau Kirana pergi, merasa sedih. Galang mulai merasa kehilangan Kirana. Sadar sudah mengucapkan komitmen pada Riana, Galang berusaha menahan perasaannya pada Kirana.

Di lain pihak, Kirana yang juga sadar kalau ia menyukai Galang, berusaha keras melupakannya.

Galang yang kehilangan Kirana tanpa sengaja tertidur di kamar Kirana. Saat Riana ingin membangunkan Galang, Galang menggumamkan nama Kirana. Riana shock.

Aida yang melihat Galang tertidur di kamar Kirana, kesal dan mengadu pada Rama. Namun Rama justru senang melihat hal ini. Rama berniat menemui Sita dan memintanya untuk membujuk Kirana pulang ke rumahnya.

Ke-esokan harinya, Rama menemui Sita di rumah Surti. Saat Rama bicara dengan Sita, di saat yang sama, Riana mengumumkan rencana pernikahannya dengan Galang di televisi. Rama dan Sita menatap dengan shock.

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.mdentertainment.net/
Astro Ria 104

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tentang Penulis

Working as Personal Trainer and Fulltime Blogger.

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

7 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini

  • ape tajuk lagu time galang masuk ke bilik kirana smpai trtidur atas baju yg kirana pakai 2 ye

  • wow, memang update betul le mengenai kisah cinta kirana ni, bro

  • buka jom ;P

  • plez tlong kasi tau tajuk lagu time Galang masuk ke bilik kirana 2…

  • bleh kasi tahu tak tajuk lagu time Galang mmk bilik Kirana 2..Coz lagu nya best lh..Plz……

  • hy u all
    u all na cry lgu 2 ekk
    aq unw x tw rr,,
    sory ekk
    best sgt ke lgu 2,,
    smpai korang ye2 na lgu uw,,
    k la bye u all,,
    muahhh,,,
    c u,,,:)

  • bleh dkatakan best juga lgu 2…lgu nya slow je…