Salam bertemu buat pembaca dan peminat (cewaah ade peminat ke? ) darkbatman.Kali ini saya muncul lagi bersama tips senaman ringkas seperti sebelumnya.
Baiklah,kali ini saya lebih tumpukan kepada pembaca wanita dan gadis-gadis,bukan tumpuan yang bukan-bukan ye.ehehe ! Teknik serta program latihan kali ini agak berbeza kerana ianya melibatkan keseluruhan ‘Otot Utama’ (Major muscle) yang terdiri daripada otot di bahagian belakang,peha dan dada. Di ikuti dengan bahgian–bahagian otot kecil yang lain.
Latihan kali ini di namakan Latihan Litar,Khusus untuk pembakaran lemak dan daya tahan otot .Lelaki pun boleh juga praktik latihan ini sebenarnya. hehe !
Latihan Litar memerlukan anda melakukan kesemua latihan ini di dalam 1 set.Tentu penatkan? Maklumlah bak kata pepatah “No Pain No Gain ! ” .Ada ke pepatah camni..ahaha..
Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan alatan-alatan unik yang jarang di gunakan.Ini lah dumbell dan weight yg saya gunakan:
1. Beg galas di penuhi dgn buku-buku tebal.
2.2 botol besar air mineral (mengantikan dumbell).
3.Tuala kecil,Kalau nak guna yang besar pun boleh ! (untuk para wanita,tuala yang di khaskan untuk anda tidak di sarankan penggunaanya dalam latihan ini) jangan marah !
Anda sudah bersedia? .. Ayuh mari kita menyahut cabaran …
Pertama skali mulakan dengan latihan “Back Row” .Tumpuan otot bahagian belakang.
Pastikan kedudukan anda selesa,Jangan bersila pulak ye! Duduk dengan merapatkan peha anda,yang lelaki awas ye.jangan kepit lebih-lebih nanti senak. ahaha ! Badan dicondongkan ke hadapan,pastikan bahagian ‘Lower Back’ tidak melengkung.
Tarik beban ( botol air ni ye) kebelakang dengan perlahan-lahan hingga siku melepasi bahagian rusuk.Kemudian jatuhkan kembali dan ulang pergeerakan ini sebanyak 12 kali.
Setelah selesai,lakukan pula latihan ‘Chest press’. Perhatikan kedudukan tangan anda.Jangan buka terlalu luas.
Tolak botolbell ni ke atas dengan perlahan-lahan.Ulangi sebanyak 12 kali juga.
Hanya 10-30 saat rehat sebelum melakukan latihan berikutnya.
Masih dalam kedudukan waktu melakukan ‘Chest Press’ tadi.Kali ini tumpuan pada otot bahagian depan bahu.
Dengan meluruskan kedua-dua belah lengan anda,beban di letakkan hampir pada peha.
Kemudian angkat secara menegak hingga lengan sama paras bahu.Ulang sebanyak 12 kali juga.
Seterusnya terus lakukan ‘Squat’ sebanyak 12 kali,pergerakan menguatkan otot depan dan belakang peha.
Beg ini sebagai beban tambahan.Pergerakan haruslah secara perlahan-lahan. Ingatkah anda waktu kena denda masa skolah dulu? Kena ketuk ketampi.
12 kali ulangan juga ye.Tiada diskaun ! aha
Akhir sekali anda lakukan ‘Sit up’ atau pun ‘abdominal crunches’ untuk memantapkan otot di bahagian abdominal.
Baru lah anda boleh rehat seketika selama 3-5 minit.
Kemudian anda boleh mulakan set ke 2.
Kesemua ulangan adalah sebanyak 12 kali.waktu rehat 10-15 saat antara 1 latihan ke latihan yang lain. 3-5 minit rehat setelah melakukan kesemua latihan-latihan tadi. Maksimum 3 set sahaja.












cantik stokin.
awwwww. =))
luculah darkbatman ni
i baca entri ni pun sebab nk hiburkan hati
seksinya ‘lelaki kelawar gelap’ itu..hehe
ok sit up paling derita..hehehe…
aie nak tanya..awe pernah wat sit up tau..pastu otot perut sakit..nak gelak pun sakit nape ye?
org kurus macam aku bleh jadi ketul2 ke klu wat exercises ni..ahaks
uikkkk! beg p1 tu… mia dapat yg warna pink…
Don’t spam this blog ur bastard