Salam semua.
Lelaki metrosexual kebiasaanya menjadi kegilaan ramai perempuan di luar sana atau lebih senang kalau saya katakan lelaki bergaya dan berpenampilan hebat.

Biasanya lelaki metro mengambil berat soal rerambut pada tubuh mereka. Rambut perlu dipotong kemas. Mereka cukur malah wax rerambut di wajah mahupun di bahagian lainnya. Menyakitkan? Ya, tapi hasilnya memuaskan.

Cutting merupakan antara kriteria utama yang dititikberatkan oleh lelaki metrosexual kerana mereka ingin sentiasa kelihatan segar dan kemas setiap masa.

Untuk bergaya, anda perlu melengkapi stail anda dengan memakai beberapa aksesori. Bukan perempuan saja perlu tahu tentang aksesori. Untuk permulaan, pakailah seutas jam yang menarik dan mewah. Tali jam kulit juga amat menarik dan bergaya. Bergantung kepada stail yang anda pilih untuk dipakai.
![[beckhamads.jpg]](http://4.bp.blogspot.com/_KXDWixWUzis/SP6H-pNd4QI/AAAAAAAABxE/uSV7U08baEs/s1600/beckhamads.jpg)
Tidak lengkap ciri-ciri seorang lelaki metroseksual tanpa pewangi (minyak wangi) yang berkualiti. Pilihlah minyak wangi yang bersesuaian dengan personaliti anda.
Setelah menggayakan pakaian bersama, anda perlu mengekalkannya. Kalau boleh tampil bergaya setiap hari dan labur sedikit untuk produk penjagaan wajah seperti pencuci, penyegar dan pelembap. Trend sekarang dah takde istilah lelaki menjaga muka adalah lelaki lembut. Lelaki sebegini menjadi idaman wanita diluar sana kerana kelihatan lebih stylo dan bergaya. Kehkehkeh!
P/s: Biar apapun tanggapan atau istilah metroseksual mengikut pemahaman diri, tidak salah rasanya golongan lelaki menyahut perubahan dari segi penampilan.


info baik.. sy jenis xreti bergaya atau ambil berat sgt tentang fesyen.. pakai je apa yg bleh hehee
Selagi boleh, buatlah. Penampilan memang penting. Just jangan melampaui penjagaan melebihi awek/isteri sendiri. Kalo dah lebey, its quite memalukan jugaklah.
nak juga cam lelaki ini..tetapi tak pandai..kut dah boroi lak..
setuju sangat.tak salah lelaki nak bergaya.tapi asalkan berpada.. Islam kan suka penganut dia cantik dan bersih
aku bukan lelaki metroseksual ni..aku main sarung aje. janji tutup aurat. haha..
gue kadang2 je…
kalo malas, simple pun dah cukup
tak salah bergaya , asal jgn berlebih2an sangat sudah lah..
Alhamdulillah, suami kakyong simple jer orangnya.. asal bersih dan kemas,..