DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

GAMBAR EMPAT WAJAH DATUK SITI NURHALIZA PERSIS MADONNA-COVER MAJALAN GLAM JAN 2012

 

Salam semuaa..

Empat Wajah Siti Nurhaliza Persis Madonna GLAM Jan 2012

Empat wajah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza akan menghiasi kulit depan majalah fesyen dan gaya hidup, GLAM pada bulan Januari 2012. Penampilan Siti yang ditatarias pasukan kreatif GLAM telah memilih untuk menata Siti bak penyanyi sensasi antarabangsa, Madonna.

 

Sehingga hari ini dua rekaan kulit depan telah pun disiarkan di laman sosial Facebook GLAM Malaysia dan tinggal lagi dua yang masih ditunggu-tunggu oleh peminat. Rekaan pertama, Siti ditatarias berdasarkan konsep Material Girl. Manakala rekaan kedua, Siti ditatarias berdasarkan klip video Rain.

Dijangka dalam salah satu daripada dua rekaan yang belum disiarkan, Siti akan ditatarias berdasarkan lagu Nothing Really Matters dengan mengenakan kimono seperti yang pernah kita tonton sewaktu Siti membawakan lagu Kurniaan Dalam Samaran di Istana Budaya. Ops! Apa agaknya konsep untuk satu lagi rekaan ya? Dengarnya PANAS!

 

 

Sumber: GUA.COM.MY

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tentang Penulis

Working as Personal Trainer and Fulltime Blogger.

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

1 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini

  • Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Ali bin Abi Talib:
    - Wahai Ali, isi agama semuanya terkandung dalam perasaan malu. Ia menjaga kepala dan apa yang terkandung di dalamnya. Ia juga menjaga perut dan segala yang diterimanya.

    - Wahai Ali, tidak dikira beragama bagi sesiapa yang tiada rasa takut. Tidak dikira beriman bagi sesiapa yang tiada kewarakan. Tidak dikira beribadat bagi sesiapa yang tiada berilmu. Tidak dikira bermaruah bagi sesiapa yang tiada (berpegang dengan) kebenaran. Tidak dikira mendapat keamanan yang baik bagi sesiapa yang tiada (menyimpan) rahsia. Tidak dikira bertaubat bagi sesiapa yang tiada menerima taufik. Tidak dikira dermawan bagi sesiapa yang tiada rasa malu.

    - Wahai Ali, sesiapa yang tidak warak daripada (melakukan) maksiat, maka perut bumi lebih baik baginya daripada permukaannya kerana iman tidak ada dalam hatinya.

    - Wahai Ali, asal warak ialah meninggalkan perkara haram dan apa yang Allah haramkan. Pokok kebajikan ialah pada meninggalkan maksiat-maksiat.

    - Wahai Ali, maniskan muka kerana Allah menyukai orang yang bermanis muka dan Dia membenci orang yang banyak bermasam muka.

    - Wahai Ali, kebanyakan pokok ibadah ialah berdiam diri kecuali sesiapa yang berzikir kepada Allah.

    - Wahai Ali, banyak tidur mematikan hati, menghilangkan keelokan. Banyak dosa pula mematikan hati dan mewarisi kesesalan.

    - Wahai Ali, sesiapa yang Allah berikan nikmat ke atasnya, maka ia pun bersyukur. Jika Allah mengujinya, maka ia pun bersabar dan jika Allah mendatangkan keburukan, ia pun memohon ampun. Orang yang demikian ini akan memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.

    - Wahai Ali, tiada hari yang baru melainkan hari itu berseru, “Wahai anak Adam, aku ialah hari yang baru, amalanmu berada di dalam pengawasanku. Oleh kerana itu, perhatikanlah apa yang kamu lakukan”.

    Saidina ali karamallahuwajhah berkata:

    “Ilmu orang munafik terletak pada lisannya, dan ilmu orang mukmin terletak pada amalannya”

    Beliau juga berkata:

    “betapa banyaknya dai’e menyuru ke jalan Allah padahal ia lari meninggalkannya. Betapa banyak orang mendekatkan diri kepada Allah dengan sesuatu yang ia benci. Dan betapa banyaknya pembaca ayat-ayat Allah tapi tidak mengamalkannya”

    Dari Saiditina Aisyah r.a

    “Jadilah sesuci maryam, seteguh Aisyah, setulus khadijah, setabah Fatimah…Mereka lah contoh terbaik buat kita, muslimah…”

    dan

    “Sebaik-baik wanita ialah yang tidak dipandang dan memandang”

    Dalil yang paling banyak dibentang dalam mana-mana buku tentang AURAT WANITA ialah hadis riwayat Saidatina Aishah bahawa Nabi bersabda kepada Saidatina Asma’, “ Wanita apabila sudah baligh seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali ini dan ini”(Rasulullah s.a.w menunjukkan muka dan tangan).Boleh rujuk teks lengkap dalam Riwayat Abu Daud.