DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Grill Blackpepper versi Darkbatman

 

Salam kepada semua pembaca aie aka darkbatman. Menu hari ini  Blackpepper Beef Grilled versi saya untuk lunch yer dan bukan untuk hidangan malam. Jom bersama saya sebentar saja. Sebelum itu, opps girl no entry yer. Saya bukan nya pandai memasak sangat. ahaha.

Bahan – bahan :

Daging tanpa lemak
Minyak zaitun
sos Blackpepper
Bawang putih
Tomato
Ubi Kentang
Lobak Merah
Roti 4 Keping

Baiklah para pembaca sekalian, betulkan tempat duduk anda dan langkah pertamanya daging digaul bersama sos lada hitam dan bawang putih dahulu yer. Kemudian perapkan selama setengah jam. ahaha.

 

Panggang daging tersebut di atas grill pan sehingga masak. Sementara itu, rebuskan hirisan ubi kentang dan lobak merah selama 5 minit.

 

Setelah daging masak, bahan – bahan yang direbus tadi dimasukkan ke dalam grill pan dan jangan lupa menambahkan sedikit air.

Biarkan sehingga air tadi kering dan hiriskan daging bak sembilu yer.. ahaha. Nipis-nipis saja yer untuk memudahkan anda mengunyah.

 

Sila susun atur bahan – bahan yang telah siap mengikut fantasi seksual anda.. Eh, bukan fantasi anda saja. Masing – masing punya idea lah yer.!!

Hirisan daging, tomato dan ubi kentang diletakkan di atas roti dan ready to eat. Selamat mencuba yer.!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tag Entri :
Tentang Penulis

Working as Personal Trainer and Fulltime Blogger.

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

83 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini