DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Hantu Bonceng l Review dan Sinopsis

 

Salam semuaa..

hantu bonceng, filem hantu bonceng, poster filem hantu bonceng, review filem hantu bonceng

Wah, nampaknya Hantu Bonceng bakal menggamat suasana hari raya aidilfitri tahun 2011 tapi yang bestnya hantu yang lebih kurang serupa pontianak  ini bukan sebarang hantu yang boleh kita tangkap kat tepi jalan sesenang jer sebab kalau nak tengok hantu ini, kenalah pergi pawagam berdekatan pada 31 Ogos 2011. Kehkehkeh!

Filem :

Hantu Bonceng

Pengarah:

Ahmad Idham Ahmad Nadzri

Genre :

Komedi Seram

Pelakon:

 Zizan Raja Lawak

Juliana Evans

Jue Aziz

Cat Farish

 Taiyuddin Bakar

Penilaian:

4.5/5

Sinopsis Filem Hantu Bonceng:

Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.

Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.

Review Filem Hantu Bonceng:

Saya dengan eksitednya nak ucapkan Tahniah kepada pengarah, pelakon dan krew produksi yang terlibat dalam filem ”Hantu Bonceng” kerana membuatkan lebih kurang 2 jam di pawagam terasa macam setengah jam jer. Setiap kali filem garapan Ahmad Idham sememangnya jarang mengecewakan penonton dan filem Hantu Bonceng ini antara filem komedi seram terbaik untuk tahun 2011. Dilakonkan oleh Zizan yang super duper lawak dan pemilihan pelakon untuk filem ini memang best! Jalan cerita yang membuatkan saya teruja nak gelak setiap masa dan pengolahan yang cukup teliti dan menarik oleh pengarah. Claps for Ahmad Idham.

Kekuatan filem ini pastinya patut diberikan pujian kepada Zizan Raja Lawak dan Jue Aziz yang sebelum ini saya tak berapa minat nak layan tapi selepas tengok premier Hantu Bonceng, nampaknya saya dah mula jatuh cinta dengan lakonan mereka berdua yang sempoi dan kelakar. Bermula sebagai Mat Rempit yang berlumba secara haram dan menang perlumbaan diselangi dengan habuan yang belum sempat dingap (bohsia bernama Maya) oleh Amran tapi dah dilanggar oleh lori. Baru jer cerita bermula, semua penonton dah tergelak bagai dengan lawak Amran yang sempat melompat dari motor meninggalkan awek (habuan mat rempit yang menang) di atas motor yang kemudiannya meninggal dilanggar lori.

Sejak kemalangan yang mengorbankan nyawa Maya, hidup Amran mula diganggu oleh Hantu Maya yang tidak dituntut oleh keluarga menyebabkan Amran sentiasa diselubungi ketakutan. Setiap kali part hantu Maya kacau Amran, lawak dia memang kelakar habis! Sakit gusi duk gelak besar. Tapi walaupun lawak, part seram yang diterapkan memang menjadi terutama pada scene suasana, kesan bunyi dan lakonan Juliana Evans cuma kurang best mekap Hantu Bonceng ini yang kurang menyeramkan.

Sesekali tengok pada hantu bonceng ini macam Ju On pun ada terutama part mata tapi solekan tak nampak seperti hantu sangat dan pujian patut diberikan kepada kesan bunyi yang kadang – kadang membuatkan penonton berdebar – debar. Kehkehkeh!

Paling tak boleh blah bila Halimahton dengan muka hangin menyebut perkataan babi time Amran memujuk rayu dengan panggilan baby kesayangan dia ini berulangkali. Time ini, tak sangka pulak dialog ini akan keluar dan perkiraan saya pengarah filem ini lebih menekankan kepada unsur dialog spontan dan thumb upsss! Memang sempoi ahh Jue Aziz berlakon kali ini.

Plot cerita semakin menarik dengan elemen yang berunsur kepercayaan bomoh dan tahyul diselitkan sekali dan bagi saya kalau tengok cerita ini memang berbaloi – baloi. Sesetengah jalan cerita filem komedi seram biasanya kita boleh agak dah tapi Hantu Bonceng, saya pasti anda mesti tak terfikir dengan adegan yang pengarah selitkan. Kelemahan cerita ini bagi saya satu jer part Hantu Maya muncul kat jalan raya time Amran dah nak pengsan, boleh pulak Hantu Maya ada kaki atas jalan raya. Bukan Hantu ini tak boleh pijak tanah ker? Kehkehkeh! Tapi kelemahan ini takde ketara sangat dan boleh dimaafkan lagi. So, kalau nak tahu adegan seterusnya kenalah menonton Filem Hantu Bonceng pada hari raya pertama nanti.

Layan dulu Trailer Filem Hantu Bonceng:

Tahniah sekali lagi kepada para pelakon dan pengarah yang menjayakan filem komedi seram yang terbaik untuk tahun 2011 ini. Dah keluar panggung nanti, tak sabar nak tengok lagi sekali. Time kasih banyak – banyak kepada pihak yang sudi memberikan tiket free kepada saya. Lain kali, invite la lagi! Kehkehkeh!

Semua gambar credit to Excellent Pictures.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tentang Penulis

Fulltime Blogger

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

13 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini

  • aku tak dpt kot invi
    siot jek
    huhuu

  • harus tgk ni..hehe

  • mcm best nieee!! :D

  • ok memang best cerita ni walaupun belum tengok lagi hehehe
    tapi lagi best kalau keluar kat TV malam raya ni huahuahua!

  • mesti tengok!!

  • Mmg antara filemyg aku nk tgk… Cambest ja…

  • layan

  • nape la tayang time raya..mmg x ngadap la nk p cinema..baek duk kampung jmpe sedare-mare…^_^

  • whoaaaa nak tengokk :D

  • wajib tgk raya nie
    xkira la raya ka x
    huahuahua

  • macam best, tayang hari kedua raya kan. wee. nak tengok zizan, minat gila kot. huhu

  • macam mana nak tengok.. org suma balik raya.. adoi….

  • ni yang rasa aku nak tengok wayang time raya nih. haha..