DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Hari Belia Negara 2010

Salam kepada semua pembaca aie aka darkbatman. Bersempena dengan Hari Belia Negara 2010, saya dengan berbesar hati berkongsi kegembiraan saya untuk menyambut bersama – sama anda. Belia kah anda? ahaha. Tepuk dada tanya hati yer.

Setiap tahun, Kementerian Belia dan Sukan bersama Majlis Belia Malaysia akan menganjurkan sambutan Hari Belia Negara. Tahun ini pula, sambutan hari belia bertempat di Presint 4, Putrajaya pada 14-16 Mei yang bertemakan Belia Kreatif dan Inovatif Pemacu Ekonomi Negara.

Pelbagai aktiviti menanti anda semua antaranya Karnival Jom Heboh, Kejohanan Paintball, PC Fair, Handphone Fair, Auto-show, X-Games, Drift Chalenge, Indie Band  dan banyak lagi! Teruja bukan? ahaha. Bersempena dengan Hari Belia Negara 2010, 50 buah blog kreatif terpilih akan dipersembahkan kepada Perdana Menteri Malaysia DS Najib Tun Razak. Blog yang terpilih akan diberi sijil penghargaan dan akan dipamerkan di booth pameran Information TechnologyYouth Movement (ITYM). Hopefully, blog picisan darkbatman akan terpilih lah yer. ahaha.

Layakkah blog saya dipersembahkan kepada PM? Cuba anda nilai harapan saya kepada kerajaan dalam post ini Harapan Darkbatman Untuk Kerajaan kepada blogger muda.

P/s: Saya bukan mengejar glamer yer (perbetulkan persepsi rakan – rakan blogger kesayangan saya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

Working as Personal Trainer and Fulltime Blogger.

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

31 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini