DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Hazman Bakhtiar Sharizan,Ahmad Izzat Ismail dan Shahidan Ali maut apabila van dihempap pokok

Dua pelajar Sekolah Menengah Agama Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Beseri maut setelah van yang dinaiki bersama-sama enam pelajar lain dihempap pokok berdekatan Kilang Gula, Chuping di sini semalam. Mangsa ialah Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, dari Taman Kenanga, Kulim, Kedah dan Ahmad Izzat Ismail, 17, yang berasal dari Tanjong Tokong, Pulau Pinang.

Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi itu turut meragut nyawa pemandu van, Shahidan Ali, 67, dari Beseri. Seorang pelajar lain, Muhammad Ahnaf Anissofian, 14, dari Kuala Lumpur cedera parah dan kini mendapat rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar manakala lima lagi penumpang van tersebut mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Deros berkata, ketika kejadian van itu dalam perjalanan membawa mangsa untuk menyiapkan projek sekolah bagi subjek Kajian Tempatan.

P/s: Al Fatihah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tentang Penulis

Working as Personal Trainer and Fulltime Blogger.

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

1 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini

  • takziah kpd mangsa. dgr citer drpd org setempat, mmg baik2 smonya yg terkorban ni. even pemandu tu pon slalu pergi ambil bawa budak2 yg naik van waktu kejadian tu pergi bersiar2 waktu hari minggu.