DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Info Terkini Kes Pembunuhan Datuk Susilawati Lawiya

Seminggu ini kes pembunuhan Datuk Susilawati Lawiya menjadi topik utama negara dan saya sendiri menunggu jam 8 malam untuk mengetahui berita terkini tentang Datuk Sosilawati dan rakan- rakannya yang merupakan kes bunuh berprofile tinggi.

Menurut berita malam ini, polis telah menemui pisau dan juga kayu kriket yang digunakan sebagai senjata pembunuhan di mana suspek yang berusia 19 tahun dikatakan menikam mangsa dan konco yang lain bekerjasama membakar dan menghapuskan bukti pembunuhan. Keputusan DNA akan diketahui minggu hadapan.

Update hari ini Pembunuhan kejam Sosilawati: Tiga dakwa nyaris jadi mangsa. Kecekapan PDRM melakukan tugas dan pembongkaran kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain menyelamatkan sekurang-kurangnya tiga ahli perniagaan bergelar Datuk dari Selangor daripada menjadi mangsa suspek kes itu.

Laporan kes bunuh Sosilawati ke Peguam Negara minggu depan : Polis percaya kes pembunuhan melibatkan Sosilawati dan tiga rakannya itu telah dapat diselesaikan berdasarkan tindakan yang telah diambil dan bahan-bahan bukti yang telah berjaya diperoleh.

Polis temui pisau diguna bunuh Sosilawati, beg kriket: Polis menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan sebagai senjata pembunuhan dan sebuah beg kriket turut ditemui di lokasi kejadian.


Murugiah buat laporan polis kaitkannya dengan suspek utama kes Sosilawati : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah hari ini membuat laporan polis berhubung satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang beliau terima mengaitkannya dengan suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.


Lelaki Tempatan Ditahan Bantu Kes Orang Hilang Di Banting: Dua kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan peguam yang menjadi suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tentang Penulis

Fulltime Blogger

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

16 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini

  • susilawati ke sosilawati? hehe

    • tahh.. confuse lak..

    • kw ni..
      x bek r

  • takoooot taw everitime bace bout sosilawati ne. btw, biar dorg dapat hukuman yg stimpalnyee.

    • yep.. tau xpe…

  • siapa suruh pergi ke ladang itu

  • susilawati beli tanah legalke tak .patut ke seorang jutawan membuat apa jua hal mengenai pembelian tanah di lad yang terpencil.

  • Syabas kepada Polis Malaysia..Pujian di berikan..Pantas dan cekap…

    • korupsi kekang dulu baru boleh syabas .. bukan pantas dan cekap tapi duit dan duit

  • Mesti ada ramai lagi yg pernah dibunuhnya. polis kena melombong kawasan tu. kalau boleh, keseluruhan kawasan tu.
    View Profile:Mohd Amir®

  • sosilawati la cik adik oi,biag lepa kena dgn apa yg lepa lakukan..bunuh lepa blk snang

  • Penjara 7 tahun jer….betul ke?….ishishish….

    • Memang tak setimpal tapi undang2 dah macam tu, nak buat macamana. Kalau hukaman bagi orang yang membunuh walaupun disuruh dan telah mengaku, hukuman cuma 7 tahun penjara, mungkin satu hari nanti ada yang kena bunuh lagi, pasal hukumannya penjara, bukannya hukum mati, cuma cakap sorry dan sudah insaf, anak aku pun pandai cakap macam tu, fikir-fikirkanlah….!

  • [...] pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa da njuga beg kriket. Nak baca lebih lanjut bolehlah ke entry DARKBATMAN ini. Rasanya lebih detail siap dengan link ke keratan akhbar online. Punyalah malas nak taip. [...]

  • Dh cmtu cara kmatian dia…ambik iktibar ats kjdian yg blaku.fkir pla ttg cara kmatian kta kelak…adakah cmtu atau lbih dsyat lg…nauzubillah