DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H di Malaysia

 

Salam semuaa..

Saya listkan kadar pembayaran Zakat Fitrah bagi tahun 2011/1432H mengikut negeri di Malaysia. Pembayaran Zakat Fitrah boleh dibuat sama ada dalam bentuk wang tunai ataupun dengan beras (sama nilai) mulai 1 Ramadan sehingga sebelum Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri sama ada melalui amil yang dilantik ataupun di kaunter bayaran zakat yang dibuka nanti.

Pengeluaran Zakat adalah Rukun Islam ke Empat yang wajib ditunaikan selepas berpuasa pada Bulan Ramadhan. Barang sesiapa iaitu Muslim yang tidak mengeluarkan zakat, maka tidak sempurnalah Rukun Islam seseorang itu.

 

 

Mengeluarkan Zakat Fitrah bagi Bulan Ramadhan terbahagi kepada 5:

 

Wajib: Apabila terbenamnya matahari pada akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari keesokan harinya.

Paling afdhal:  Sebelum menunaikan Solat Sunat Hari Raya.

Sunat:  Dari 1 hingga 30 Ramadhan.

Makruh:  Selepas selesai menunaikan Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenamnya matahari pada 1 Syawal.

Haram:  Selepas terbenamnya matahari 1 Syawal.

Niat Zakat Fitrah

“ Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta’ala. ”

 

 

P/s: Seramai 2,575 orang penolong amil fitrah termasuk ketua penolong amil fitrah dilantik bagi membuat kutipan zakat fitrah di seluruh Selangor.

Beberapa kaunter sementara di pusat-pusat membeli belah terpilih iaitu di Centrepoint, Klang; Mydin Plaza MPK Klang; Giant Sek. 13, Shah Alam; Kompleks PKNS, Shah Alam; Plaza Masalam, Shah Alam; Jaya Jusco, Bukit Raja,  Klang; SACC Mall, Shah Alam dan Terminal LCCT, Sepang turut dibuka bagi tujuan ini.

Selain itu, sepanjang bulan Ramadan ini, LZS akan membuka 24 kaunter zakat di seluruh Selangor tujuh hari seminggu termasuk pada cuti umum. Waktu urusan kaunter pada hari bekerja bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.  Ini bagi memudahkan orang ramai menunaikan zakat harta dan zakat fitrah.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tentang Penulis

Working as Personal Trainer and Fulltime Blogger.

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

4 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini