DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Kenapa Kepala Lelaki Mudah Botak?

Salam semuaa..

Lelaki selalu dikaitkan dengan rambut yang mudah botak terutama mereka yang berumur. Makin tua makin banyak rambut gugur tapi sebenarnya sekarang ini tak kira muda atau tua, masalah hilang rambut adalah sama. Persoalannya, kenapa lelaki mudah botak? 

Salahguna Shampoo

Rambut gugur bermula dari kulit kepala yang berminyak. Mereka yang bertopi keledar paling senang nak botak kerana minyak yang terkumpul boleh terserap ke dalam akar dan menyekat udara dari masuk ke akar rambut. Kerap bertukar shampoo boleh menyebabkan rambut gugur dengan cepat dan kalau boleh cuci la topi kaledar dua tiga bulan sekali. Takkan setahun baru nak basuh sekali?

Salahguna Conditioner

Bukan hanya lelaki saja yang tak tahu menggunakan conditioner tapi perempuan pun sama. Paling ketara lelaki kerana perempuan ini bagusnya rajin membaca. Conditioner sepatutnya diusap pada bahagian hujung rambut dan bukannya digunakan seperti shampoo ditonyoh satu kepala hingga berbuih. Salah tu! Kehkehkeh!

Penggunaan Krim Rambut

Krim Rambut ini sama juga penggunaan dia dengan conditioner rambut. Jangan digosok sehingga kulit kepala dan sebolehnya kalau 3 hari  asyik guna krim rambut, rajinkanla diri shampoo paling kurang 2 hari sekali untuk kurangkan minyak pada kulit kepala.

Makanan Pedas

Makanan pun penting juga walaupun orang kata kalau makan ikut apa yang patut takkan rasa nikmat dia. Tapi cuba bayangkan anda berjalan – jalan dengan rambut separuh botak, nikmat tu masih ada lagi? Nasihat saya, elakkan dari ambil makanan pedas untuk kurangkan penghasilan minyak kat kepala.

Vitamin Rambut

Vitamin rambut kedengaran seperti remeh tapi takkan nak tunggu botak baru terhegeh – hegeh? Rajinkan diri letak vitamin rambut paling kurang seminggu sekali. Rambut sihat mencerminkan penampilan hebat. Makin lebat rambut, makin kacak di mata perempuan.

P/s: Amalkan penggunaan shampoo yang ada mint dan krim rambut yang betul baru lah lebih maskulin setiap hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tentang Penulis

Working as Personal Trainer and Fulltime Blogger.

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

10 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini

  • Info yang bagus ni… Takda la kepala botak dikemudian hari…

    • tq bro.

  • bole diperaktikan ni bro..TQ share info..

    • ur welkam bro

  • Kadang2 faktor kesihatan juga…cthnyer orang yg kuat merokok,kesihatan sedikit sbyk akn semakin terjejas…bila terjejas n bermasalah,rambut pon gugur~(-__-)

    • yup. btol jugak. byk faktor tapi yg saya bagi tu antara yg utama n sbgai peringatan buat kwn2..:D

  • aku suka makan pedas .. oh tidak !!!

    • cptlaa kene buasir t. kehkehkeh

  • sesetengah lelaki mungkin menggemari rambut botak disebabkan trend atau lebih macho.

    • btol. lebih trendy katanya. tp bg yg keguguran, lebih better amek precaution.. :D