DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Keputusan Separuh Akhir Piala Dunia 2010

Keputusan Separuh Akhir Piala Dunia 2010 kali ini menyaksikan Belanda telahpun melayakkan diri ke final Piala Dunia FIFA 2010 selepas menundukan Uruguay 3-2 di Stadium Green Point, awal pagi tadi.

Keputusan Belanda vs Uruguay

3-2

Penyerang Belanda, Arjen Robben (kanan) menjaringkan gol kedua pasukannya sambil dicabar pertahanan Uruguay pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA 2010 diStadium Green Point, Cape Town, awal pagi tadi. Keputusan Uruguay 2, Belanda 3. – Foto AFP

Belanda mendahului menerusi gol V Bronckhorst pada minit ke-18 sebelum Forlan menyamakan kedudukan untuk Uruguay pada minit ke-41.

Pada separuh masa kedua, Belanda meningkatkan asakan dan pada minit ke-70 Wesley Sneijder menjaring gol kedua.

Arjen Robben menambah satu lagi gol tiga minit kemudian untuk memberi kedudukan selesa kepada Belanda.

Uruguay memperoleh gol kedua selepas dua minit masa kecederaan hasil jaringan Pereira. Sneijder yang bermain cemerlang sepanjang kejohanan ini dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Belanda akan menetang sama ada Jerman atau Sepanyol pada perlawanan akhir untuk menentukan juara Piala Dunia 2010.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

Fulltime Blogger

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

1 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini

  • yesss netherland ke final!