DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Konfiden mampu membawa kita lebih jauh!

Salam semuaaa…

Dulu saya tak konfiden langsung bila nak berjumpa orang ramai. Selama 3 bulan saya mula blogging, pembaca tidak begitu mengenali saya. Maklumlah, muka tak hensem, blog biasa-biasa aje, ade orang nak baca ke?

Masa mula-mula join event dengan Nuffnang pun, saya malu-malu nak bertegur sapa dengan blogger lain. Rasa diri ni kecik aje bila berada dalam kalangan blogger-blogger hebat.

Kemudian saya sedar, sampai bila saya nak hidup dalam dunia sendiri macam ni? Banyak lagi perkara yang mengujakan yang perlu kita explore. Jadi, saya bina keyakinan tu sikit demi sedikit, semuanya demi kebaikan diri saya jugak.

DJ Aanantha with the children at the Persona Talent Workshop

Soft skills seperti kepimpinan, kerjasama dan public speaking mana boleh dipelajari melalui buku teks. Menyedari kepentingan soft skills ni, Proton, melalui kempen Persona – Better, Undoubtedly, menganjurkan Persona – Talent Workshop untuk mencungkil bakat kanak-kanak dalam bidang seperti muzik, seni dan sukan.

Persona Talent Workshop 1

DJ berbakat dari THR Raaga, DJ Aanantha, salah seorang duta kempen Persona – Better, Undoubtedly, dengan kerjasama dari The Actors Studio Academy menjayakan satu bengkel kemahiran dijalankan selama dua hari.

Persona Talent Workshop - Show Time 3

Untungnya kanak-kanak ni semua sebab berpeluang join bengkel sebegini! Masa saya kecik-kecik dulu takde bengkel macam ni. Kehkehkeh. Kanak-kanak yang terpilih di atas merupakan kanak-kanak dari Agathians Shelter dan dari sekolah-sekolah yang terlibat.

Persona Talent Workshop 3

Dalam bengkel ni, kanak-kanak bertuah ni diasuh untuk membina daya keyakinan diri. Penting wooo confidence ni. Bila mereka dah besar nanti, mereka sama sekali takkan mempunyai masalah komunikasi dengan orang ramai. Maklumlah, dalam hidup ni, kita akan jumpa dengan macam-macam jenis orang, ye tak?

Session with Dato Faridah Merican 1

Wahhh!! Personaliti Dato’ Faridah Merican pun turun padang untuk sama-sama berkongsi kisah dan pengalaman dengan kanak-kanak ni.

Dalam ramai-ramai kanak-kanak yang join bengkel ni, hanya 3 yang bertuah akan dipilih untuk program mentor dan muncul dalam klip video muzik DJ Aanantha! Wahhh how exciting! Ikuti perkembangan 3 kanak-kanak terpilih ni di laman web www.protonpersona.com.my.

Memandangkan bengkel macam ni sungguh menyeronokkan, dan mencungkil bakat terpendam kanak-kanak, saya rasa kalau saya dah ada anak nanti, saya akan hantar anak saya join bengkel seperti ini! Kehkehkeh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tentang Penulis

Fulltime Blogger

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

12 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini

  • tak sabar juga nak ada anak sendiri, nanti bleh menari sekali dgn dia…hehe
    zaman sekarang ni ibu bapa kena main peranan naikkan keyakinan anak2, yeler risau kanak2 terperap di rumah mengadap internet sahaja…

  • wah wah wah ..dah bercita2 eh nak hantar anak utk bengkel2 camni..tahniah n gud luck:)

    ape2pun, confident perlu ada utk berjaya. kalo tak confident ssh la nak berdepan nga orang..rendah dri tu bagus, tapi jgn terlampau merendah diri sampaikan org jd muak dan org tak sedar kehadiran kt..:)

  • hahahaha..waahhh bila nak makan nasik minyak niee aie?? haahahahahh tak sabar plakk nak tgk aie anta anak pegi bengkel cmni, ekekekeke :P

  • wah,sudah ada impian memiliki anak dalam masa terdekat ni.huhu

  • bgus2..
    kecik2 lg dah gi bengkel camnie..

  • cepat kawin dpt anak..mna pic aie dgn diorang xde pun

  • cewahh. pikir jauh ke depan da tu :)

  • aku pun pemalu klu brdepan ngn org ramai..sbb dorg slalu usha aku *jgn muntah okay*

  • aku rasa tak lama lg ko dh leh hntr anak sndr ke situ:-p

  • betul tu. asal kita yakin, kita konfiden..apa-apa pun boleh kita capai.

  • workshop yg bgus……

  • mmg anak2 kita perlukan wshop nak develop soft skill depa mcm neh coz kt skola x ajar, kt umah pon. tp, kosnya tinggi sket neh kecuali ada sponsor….