DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Letupan Di Pusat Beli Belah Empire Gallery, Subang Jaya

 

Salam semua..

Agak terkejut dengan berita Letupan Di Pusat Beli Belah Subang Jaya yang berlaku awal pagi tadi yang mengakibatkan 4 orang cedera. Kejadian jam 3.45 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk di beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Mohd Khairi Daud berkata pelanggan hotel yang dianggarkan lebih 300 orang telah dipindah keluar. Usaha membantu dan menyelamat turut disertai anggota dari balai bomba berdekatan. Siasatan awal mendapati letupan terjadi di luar kompleks itu dan melibatkan saluran gas.

Pusat beli belah Empire Gallery di Subang Jaya 

Laporan awal juga menunjukkan dua pekerja Nepal terperangkap di aras bawah tanah tetapi telah diselamatkan dengan kecederaan kecil. Dua lagi yang tercedera adalah orang awam yang melalui lokasi kejadian turut dibawa ke hospital dalam ambulans. Sementara itu, Bernama melaporkan, polis telah menutup kawasan sekitar pusat membeli-belah itu menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di kawasan sekitarnya pagi Rabu.

Seorang penjual kuih di kawasan berhampiran yang hanya mahu dikenali sebagai Niza, 28, berkata letupan itu menyebabkan beberapa bahagian hadapan pusat membeli-belah itu rosak termasuk beberapa kafe, restoran dan kedai pakaian. ”Dengar cerita letupan itu berpunca daripada saluran paip gas yang bocor,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

Working as Personal Trainer and Fulltime Blogger.

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

1 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini

  • nasib baik bukan waktu puncak kalau tak haiii..tak tahulah