DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Masa Untuk Berubah Bersama Quaker

Setiap hari ramai dikalangan kita yang mengambil mudah dengan makanan yang terhidang di depan mata.  Selagi perut belum penuh selagi itulah makanan diisi sehingga sarat tambah lagi dengan musim perayaan yang menyajikan hidangan mewah.

Apalagi kalau ada kenduri kendara, mahu semua makanan hendak dibedal sebanyak mungkin. Ehehe! Tapi sejauh mana kesihatan anda akan bertahan sekiranya gaya hidup sebegini tidak diubah? Mungkinkah anda akan berada disini lagi untuk 10 tahun akan datang?

Setiap hidangan yang kita ambil sebenarnya mempunyai kesan yang besar pada kesihatan dan boleh membawa kepada penyakit berbahaya seperti jantung dan juga kegemukan yang berlebihan. Terlebih mengambil makanan pastinya menambahkan kalori yang menyebabkan kegemukan dan akhirnya berisiko untuk mendapat penyakit jantung.

Pakar pemakanan menyatakan kita terpaksa mengambil hidangan antara 4000 kalori sehari untuk mendapatkan nutrisi badan yang lengkap dan diperlukan badan. Secara puratanya lelaki membakar kalori sebanyak 2200 manakala wanita pula 1800 kalori tetapi berapa jumlah kalori harian yang anda telah ambil sebenarnya? Lebihan 2000 kalori tadi akan diserap ke dalam sel – sel lemak dan menjadi lemak degil dalam badan anda.

Semakin lemak terkumpul, semakin anda malas dan tidak larat untuk membuat kerja dan saya juga tidak terkecuali apabila mengambil makanan berat.

Dalam kereta sekalipun, anda mampu tidur dengan lena sekiranya perut terlalu kenyang.

Tidak mustahil dalam usia yang muda dan pengambilan makanan yang tidak terkawal pastinya anda akan berisiko mendapat penyakit jantung dan kerana itulah pentingnya anda mengubah gaya hidup yang lebih baik dan mulakan dari awal untuk menjaga kesihatan.  Bak kata pepatah ‘’sediakan PAYUNG sebelum hujan’’.

Sebagai langkah persediaan awal, rutin harian saya pasti bermula dengan quaker oat kerana oatmeal ini biasanya penuh gandum, kurang lemak dan mengandungi sumber zat besi yang tinggi. Ia juga mampu mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan paras kolestrol dalam darah malah mudah disediakan.


Sekiranya anda dikalangan mereka yang pentingkan kesihatan jantung dan mengawal tahap kolesterol pastinya dah tahu tentang misi Quaker ‘Make Malaysia Heart-Healthy’ disokong oleh Yayasan Jantung Malaysia, Institut Jantung Negara dan BP Lab.

Apa yang menariknya, anda boleh mengambil ujian kesihatan jantung secara online dan memudahkan anda untuk mengetahui tahap kesihatan yang terkini.

Setakat saya daftar, 1254 orang telahpun bersama dengan misi Quaker! Jom kita tengok dengan lebih jelas.

Bagi anda yang ingin tahu akan tahap kesihatan jantung terkini bolehlah mendaftar ujian Quaker Heart-Health secara online di www.myhealthyheart.com.my.

Nyatakan sedikit butir pengenalan diri anda untuk mengetahui tahap risiko jantung anda.

Jujurlah pada diri sendiri. ahaha.

Bagi mereka yang berada diparas biru atau merah yang mana berisiko untuk mengidap penyakit jantung, bolehlah mulakan gaya hidup baru kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.


Dah habis mengambil ujian tahap kesihatan jantung anda, yang bestnya anda akan mendapat diskaun vaucer health screen kat Bp Labs. ‘’Semudah Abc dan dapat pulak diskaun’’. Saya dahpun isi, anda bila lagi?

P/s: Quaker merupakan hot cereal yang wajib menjadi hidangan bagi anda yang nak kurus dengan cepat tanpa kesan yang memudaratkan.  Ubahlah gaya hidup anda sekarang kerana nyawa kita begitu berharga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tentang Penulis

Fulltime Blogger

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

11 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini

  • pergh..memang betul2 mkan ni..slalu kalau mkn kenduri byk sgt, esoknye mesti bdn rse x sdp..nway nice info..

  • quaker oat susah ..nak kene bancuh2.. tuang2..
    baik makan oat yang jenis biskut..
    tinggal kunyah je..
    simple…..
    huhu :)

  • nisa biasa makan nestum aje. hohooo oat pon best gak.. tp nisa tambah susu.. bagi rasa manis2 :P

  • kerana nyawa anda begitu berharga..
    macam penah dengar la pulak..
    heh..

    kempunan aku nak borak ngan kau semalam..
    huh

  • da test da :) btw aie kidal erk? aie mkn tgn kiri :p hehehehe

  • sy dh mula amalkan sejak masuk thn 2011. azam thn baru. Alhamdulullah setelah 2 bulan berat sy dh turun 8KG. seluar2 lama yg sempit dh mula longgar.
    Petuanya : jaga pemakanan & senaman scr konsisten.

  • inilah dia kelebihan quaker … selalu gak makan, tapi selalunya nak sngt makan bnyak2 … lapar plak rasanya … ehhehehe … okey ke pengambilan nasi yang bnyak masa makan! keyrill dpt tahu dari kawan … x boleh makan benda masin kalau nak jaga badan and nak dapatkan badan yang tough!

  • Bagusnya en3 darkbatman ni…full information…sblm ni tgk tv iklan oat ttg kempen ni ingt nk bukak websitenya, tp bila iklan habis, lupa trs, seb baik darkbatman tls website dia. Thnx…nk buat skrg!

  • sku x minat makan oat, rasa laen, nestum best lg, hehe

  • hai..thanx 4 dis entry…saya baru nak try mkn quaker oat…nak diet scara sht…sy tengah search tentang kebaikan quaker oat..alhamdulillah jmpa jgk blog ni… =)

  • A close friend had quit smoking several years ago so they suggested that I do what they did and have a home lung detox. This is designed to remove cigarette tar from the lungs tissue many times quicker than ordinarily if left to just the bodies own devices.