DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

MASEU Mengancam Mogok sekiranya pemeteraian antara Mas dan AirAsia Bhd tidak dihentikan serta-merta l Saphire Air ( Syarikat Penerbangan Baru )

Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) yang mewakili 15,000 pekerja mengancam berpiket sekiranya pemeteraian antara syarikat penerbangan itu dan AirAsia Bhd tidak dihentikan serta-merta. Presidennya, Alias Aziz, mendakwa di sebalik pembentukan kerjasama itu, kesatuan sekerja difahamkan satu lagi syarikat penerbangan baru akan diwujudkan bertujuan memperluaskan operasi penerbangan.

 

“MASEU difahamkan nama syarikat penerbangan baru itu ialah Saphire Air…, bukan itu saja malah kira-kira 80 peratus pekerja MAS yang sedia ada sekarang akan dipindahkan untuk bekerja di sana. “Kita melihat kewujudan Saphire Air secara tidak langsung turut bertujuan untuk melumpuhkan kesatuan sekerja dalam MAS…, mengapa kita perlukan satu lagi syarikat penerbangan yang baru sedangkan kini sudah ada Firefly dan MASwings.

“Saya percaya pemeteraian ini sebenarnya memberi kelebihan kepada AirAsia dan tidak mungkin kami boleh bekerjasama apabila selama ini MAS dilihat sebagai pesaing oleh mereka (AirAsia),” katanya pada sidang media di sini, semalam. Bulan lalu, MAS dan AirAsia Bhd membentuk pakatan menerusi Rangka Kerja Kerjasama Komprehensif bagi menjadikan Malaysia hab penerbangan serantau, sekali gus menamatkan persaingan selama 10 tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tentang Penulis

Working as Personal Trainer and Fulltime Blogger.

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

1 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini

  • ic. ada udang di sebalik batu gk rupanya. tp xhairan. mesti ada agenda tersendiri dlm setiap penggabungan