
Mohd. Hafizuddin Johari, 20, yang cedera disimbah asid di Kangar, Perlis baru-baru ini akhirnya mengambil keputusan untuk tinggal bersama ibu bapanya.
Bapa kepada pemuda itu, Mohd. Johari Abdul Razak, 45, berkata, Hafizuddin telah memberitahu kepada ibunya bahawa dia tidak berniat lagi untuk melarikan diri dari keluarganya.
Malah katanya, setakat ini anaknya itu tidak menyatakan keinginan untuk kembali semula ke pangkuan kekasihnya, seorang pondan yang dikenali Natasha Farisya atau nama sebenarnya, Tabri Rashid Abu Hassan, 28.
“Dia hanya mahu tinggal di rumah dan berehat sehingga kecederaan yang dialami akibat disimbah asid sembuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


lepas sembuh nak gi mana pulak ?
harap harap dia cepat sembuh dan Tuhan buka hati dia supaya dia lebih menghargai diri sendiri dan kasih sayang keluarga. muda lagi tu, banyak lagi benda yang dia boleh capai dalam hidup ni.
keluarga lebih penting dari segalanya…:)