Salam semuaa..
Pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri pada hari ini 7 Oktober 2011 jam 3:30 petang. Bajet kali ini digambarkan akan menumpukan kepada dasar-dasar baru terutama bagi menangani kos sara hidup rakyat dan mungkin juga dianggap sebagai ‘belanjawan transformasi bagi semua rakyat Malaysia’ yang menekankan kepada pendekatan inklusif tetapi sederhana.

Siaran langsung Pembentangan Belanjawan 2012 – Bajet 2012 boleh ditonton di saluran TV1 ‘Saluran Informasi’, TV2 ‘Dunia Ria’ dan AlHijrah. Selain menerusi siaran TV, Pembentangan Belanjawan 2012 – Bajet 2012 akan ke udara menerusi radio dan boleh didengar secara langsung di Radio Klasik Nasional, Radio MinnalFM, Radio TraxxFM dan Radio AiFM.
Antara langkah yang dijangka dimasukkan dalam pembentangan Belanjawan kali ini adalah
- Semakan skim saraan, pembayaran bonus atau kenaikan elaun sara hidup (COLA) bagi kira-kira 1.3 juta kakitangan kerajaan.
- Penurunan cukai pendapatan individu bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
- Pengumuman peraturan berhubung penetapan gaji minimum. Angka yang dicadangkan persatuan pekerja dan majikan adalah antara RM700 hingga RM1,500.
- Pengumuman menaikkan umur persaraan bagi kakitangan sektor swasta daripada 55 tahun sehingga kepada 64 tahun
- Pengurangan duti import ke atas produk makanan tertentu dan kemungkinan liberalisasi import makanan bagi menurunkan harga.
- Kemungkinan pengenalan setem makanan dan baucar tunai atau kupon bagi pengangkutan awam dan utiliti bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.
- Peningkatan perbelanjaan infrastruktur dan memacukan pelaksanaan kontrak projek awam.
- Insentif merancakkan sektor pertanian, perkhidmatan serta perusahaan kecil dan sederhana.
- Liberalisasi seterusnya sektor perkhidmatan utama serta insentif tambahan untuk sektor ekonomi utama termasuk minyak dan gas, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan profesional.
- Penswastaan atau penyenaraian syarikat milik kerajaan di pasaran saham.

