DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Pentingnya Minuman Isotonik@100Plus?

Apabila sebut 100 Plus, ada sesiapa yang tak tahu apa kebenda nama 100 plus ini? Saya yakin lagi pasti, anda tidaklah jakun sebegitu. heh! Ramai yang tahu dengan nama 100Plus bukan tapi seberapa ramai yang tahu, sejauh mana minuman isotonik ini memberi manfaat kepada kita? Kalau yang tahu, sila jangan masuk yer! ahaha.

100 Plus mempunyai 4 perasa iaitu ‘Original’, ‘Lemon Lime’, ‘Tangerine’ dan ‘Aqtiv’ tetapi yang menjadi kegemaran saya tentu lah original. Adakah anda tahu badan kita memerlukan tiga suku cecair dan tahap pengambilan yang betul akan mengelakkan badan  anda daripada terhidrat seperti saya malah boleh menyebabkan anda kehilangan nyawa? Serius bukan? Jom baca dengan gigih lagi yer. ahaha.

Percaya atau tidak kalau taknak percaya pun takpe tanpa cecair, seseorang boleh mati dalam tempoh tiga hari tetapi  masih boleh hidup sehingga lapan minggu lamanya tanpa makanan. Ada apa dengan minuman isotonik ini?


Perpeluhan merupakan cara badan mengekalkan suhu terasnya pada 37’ celcius. Akibatnya, badan kehilangan cecair dan jika dibiarkan, ianya boleh mendorong kepada penyahidratan dan lama-kelamaan menyebabkan kelumpuhan peredaran dan strok haba. Oleh itu, akhirnya lahirlah baby 100plus kembar 4 untuk anda semua. ahaha.

Beberapa fakta yang anda perlu tahu;

Minuman isotonik mengandungi kombinasi air, gula dan elektrolit yang padan untuk penghidratan tubuh. Bagi pesakit diabetes yang bersenam secara intensif (bersungguh-sungguh), minuman isotonik boleh membantu mereka menambah lagi cecair yang telah hilang di samping mencegah hipoglisemia.

Minuman isotonik mengandungi gabungan karbohidrat iaitu glukos dan sukrosa, elektrolit seperti natrium, kalium dan fosfat (mineral hilang melalui peluh), serta air. Semakin tinggi tahap karbohidrat di dalam minuman, semakin rendah kadar pengosongan perut. Minuman isotonik dengan tahap karbohidrat di antara enam dan lapan peratus dikosongkan daripada perut pada kadar yang sama dengan air. Elektrolit, terutamanya natrium dan kalium di dalam minuman akan mengurangkan pengeluaran air kencing, oleh itu membolehkan cecair mengosong daripada perut dengan pantas. Ia seterusnya menggalakkan penyerapan daripada usus serta pembendungan cecair.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tentang Penulis

Fulltime Blogger

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

14 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini

  • org kate kn aie…..100 plus ni leh elak kite dr denggi….
    sbb mse abg sdare qiqi kena…depa byk bli 100plus untuk nk kurangkan dmm tu..

    then mak pon da spare 10 plus kt umh…kalo2 ank2 nye yg cute nie de demam ke hape ke……tapi xtau la btol ke x faktanye

    • haha..btul 2 qiqi.. sbbnye dlu aie penah kene denggi..
      sehari hampir 5 liter 100plus aie teguk.. tp ade la perubhan dia..hee

  • Ye, ada org kata, kAlu x sedap bdn, demam dsb blh amalkn minum 100 plus ni. Pernah cuba, n berkesan. Sejauh mna kbenarannya???penyelidik2 perlu mbuat kjian!

    • 2la..tau xpe.. ak minum biler ak wt exercise jer..ehe

  • eqa xtau pun khasiat die ape..tp for sure eqa ske je minum 100plus..yg ori jgk..yg perasa lain xsedap..excell n mountaindew, sprite pn ske gak..tp revive eqa xske..xtau nape..

  • salam..
    Dr pun suruh aku minum 100 plus kalau rasa pening atau x larat terutamanya utk org yg darah rendah….
    tp x sedap la…..

  • bagus minuman nik..kalau rasa x sehat ke demam ke ini la yang koz biasa minum….

  • 100 plus..peberet minuman kak sumi kalu time sakit..hik..
    amboi..daring ko posing tepi mesin air tu yek..hak3..
    tp kalu ada mesin tu kat umah bestkan… wat duit tu…

  • 100 plus ngan air masak mana lagi bagus bro?bila nak bawak eden ke gym hang ni?dah lama teringin nak blajar tips2 kesihatan ngan bro ni

  • my faveret ni…aku suka yg oren…

  • xbest2. vanilla coke lg best hehe *tibe2

  • minum , makan tangan kanan bro :)

  • boleh kah orang mengandung minum 100 plus?

  • [...] pentingnya minuman 100plus ini sebabnya kandungan gula dalam darah akan seimbang dan cecair dalam badan sentiasa mencukupi. [...]