DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

‘Rahib’ sertai parti seks Berlusconi

pix_middle

Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi didakwa membawa masuk penari riba yang berpakaian rahib wanita untuk membuat persembahan dalam parti seks anjurannya. Menurut kenyataan Fadile Imane, 26, penari terbabit, Nicole Minetti, 25 dan Barbara Faggioli, 25, berpakaian seperti rahib wanita sebelum melakukan tarian berahi di depan Berlusconi.

Fadile, kelahiran Maghribi, adalah tetamu di parti itu dan dipelawa menghadiri parti itu oleh bekas pembaca berita televisyen, Emilio Fede, 80, dan ejen industri hiburan, Lele Mora, 55. Minetti, Fede dan Mora didakwa mengupah sekumpulan wanita untuk menjadi sebahagian daripada penghibur di parti itu.

 

 

Fadile dipetik oleh akhbar The Sun yang diterbitkan di London sebagai berkata: “Saya ke parti itu dan bertemu Silvio Berlusconi serta wanita lain. “Di dewan majlis, terdapat tiang untuk menari. Nicole dan Barbara melakukan tarian tiang dengan berpakaian rahib wanita. “Apabila DJ memainkan muzik, kedua-dua wanita itu menanggalkan pakaian rahib itu lalu membuat persembahan dengan hanya berseluar dalam.

 

 

“Sudah tentu saya terkejut,” kata Fadile meskipun sebelum ini mengaku dia pernah membuat persembahan tarian gelek untuk Berlusconi. Berlusconi berulang kali menafi menganjurkan parti seks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

Working as Personal Trainer and Fulltime Blogger.

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

1 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini

  • Numerous studies and theories have been put forward as to why most people with this mental disorder smoke. Experts believed that nicotine acts as a form of self-medication for people suffering from schizophrenia, causing numerous beneficial effects despite the negative impact of smoking on long term health.