Real Madrid Ke Malaysia 21 Ogos 2010 di Kuala Lumpur
Tak sabar rasanya nak menunggu ketibaan pasukan Real Madrid ke Malaysia Ogos nanti. Ada sesiapa yang ingin bersama – sama menyaksikan perlawanan antara Malaysia dan Real MAdrid? Jom kita meriahkannya bersama – sama yer.
Kelab bola sepak dunia, Real Madrid, dengan barisan pemain tersohor seperti Christiano Ronaldo dan Kaka, akan menentang Malaysia dalam perlawanan persahabatan di sini pada 21 Ogos ini.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan kehadiran pasukan gergasi Sepanyol itu, yang kini dibimbing oleh Jose Mourinho yang baru sahaja membantu Inter Milan merangkul Piala Juara Eropah tahun ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, selain Real Madrid, pasukan negara, yang membuat persiapan menghadapi Sukan Asia di Guangzhou, China, November ini, akan menentang pasukan kelab dari Wales, Cardiff City, pada 15 dan 17 Julai ini.
Katanya, oleh kerana perlawanan menentang Real Madrid jatuh dalam bulan Ramadan, maka kemungkinan perlawanan itu akan diadakan pada pukul 10 malam, kemungkinan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini.
Bagaimanapun, katanya, permintaan skuad bawah 23 tahun Korea Selatan untuk mengadakan perlawanan persahabatan sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara masih dikaji.
Perlawanan menentang Korea Selatan pula, jika berlangsung, akan diadakan pada 21 Julai, katanya. – Bernama
Incoming search terms:
- real madrid (25)
- PERSIAPAN REAL MADRID (2)
- real (2)
- sewa costume pj (2)
- barisan bolasepak malaysia (1)
- barisan pemain malaysia 2011 (1)
- cristiano ronaldo di real madrid (1)
- gambar pasukan real madrid (1)




June 4th, 2010 at 5:57 pm
Grrr lama lagi la pakcik darkbatman.. 21 ogos tu… grrrr.. gigit jugak ko ni … huhuhuhu
.-= A-Y-I-E´s last blog ..Adult only =-.
June 4th, 2010 at 6:05 pm
hohoho….ramai la yg turun padang nnti yer
.-= Rama2Ungu´s last blog ..Tag Dari Cik Pzah =-.
June 4th, 2010 at 8:55 pm
Hahah Zida takde minat memane pon pasukan bola sepak. Tapi suka tengok orang main bola sepak. Rasa nak join sepak sekali je.
ps.komen yg xde kena mengena dgn entri kot ==
.-= Zida´s last blog ..KEMPEN : Kami Blogger Picisan Menentang Kekejaman Israel =-.
June 4th, 2010 at 9:24 pm
oh Christiano Ronaldo ku…
.-= dD2909´s last blog ..Penang Here I Come =-.
June 4th, 2010 at 11:08 pm
Mmm…kalu org bg tiket free mmg nk sgt tgk!
.-= Frazi´s last blog ..more pics.. =-.
June 5th, 2010 at 1:05 am
real yg dtg? cam tak best je..sebab diorg tak menang piala pun season ni..hehe
.-= serol´s last blog ..Berakhirnya hidup blog Justkhai =-.
June 5th, 2010 at 3:09 pm
time puasa lak kan..
nanti yang penuhnye stadium, masjid kosong la..
semua nak kuar awal g stadium..hehe
.-= ZE´s last blog ..::Sudah Lama Aku Tidak:: =-.
June 5th, 2010 at 6:22 pm
adeh!! bulan puasa tu.. 21 ogos tu memang baru2 bonar la puasa.. takutnya orang dah penuh kat stadium dulu dari masjid.. erkk!!
cmna kalau pakat terawih kat stadium dlu b4 match?? ngeeee (^^,)
.-= ASaDa RyutaRo´s last blog ..Hadiah Dari Egypt Untuk Dimenangi!! =-.