DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Tips nak Top To Toe

*Bertapa mencari tips untuk pembaca darkbatman*

Sekian lama aie aka darkbatman asyik dengan breakfast, tutorial dan exercise. arrghh bosannya ai. ahaha. Topik hari ini hanya atau khas untuk lelaki saja. Perempuan-perempuan cun jangan sengaja gatal mahu membaca yer nanti tumbuh jerawat seketul. ahaha. Adakah anda rasa anda sudah pun kacak lagi menawan nan macho ala-ala aaron aziz macam saya jer? Kalau belum, jom bersama saya sebentar untuk mengubah gaya hidup anda melalui jiwa darkbatman. ahaha.

Teruskan Membaca

Incoming search terms:

!!.Tips Menawan Hati Buah Hati..!!

Memandangkan hari valentine makin hampir, jadi aie dengan rajinnyer nak bagi beberapa tips untuk kaum-kaum lelaki menambat hati kekasih hati.haha.Kalau yang belum ade gf tue, siap2kan diri dengan tips aie insyaAllah dapat.haha..yakin jer aie neh kn.hakhak.Aie( bukan name penuh) hehe.. idak laa sehebat aaron aziz nak bagi tips tapi setakat nak berkongsi ilmu sikit-sikit tu boleh lah terutama untuk jijan.haha.sue, ko jangan gelak.



Aie cukup yakin pasti nya ramai pasangan yang tengah hot bercinta dah mula terpikir nak candle light dinner kat mane, nak keluar ke mane, nak kasi hadiah apa kan???aie pun sama. hopefully aie bleh la berjumpa dengan gf aie nanti. heh. Maklum laa bulan februari nanti kan bulan cinta..Bak kate Amelina ‘Bulan ini bulan cinta, Bulan ini bulan kita’.Bersempena dengan bulan cinta eni, sama-sama lah kita yang ada kekasih hati ne menghargai satu sama lain.

Kebiasaannya hari yang ‘istimewa’ ini lah pelbagai cara akan dilakukan untuk menarik perhatian yang tersayang. Mungkin korang ada cara korang yang tersendiri tapi aie cuma nak selitkan sedikit tentang soal pemilihan pakaian. Tampillah dengan hebat, berbeza dari biasa dan pasti si dia akan tergoda.hahaha. caya laahh!!!

Mencipta Gaya dan Daya Tarikan
Pernah tak korang terpikir macam mana nak tampil hebat dan mantap sehinggakan yang tersayang akan berkata, ‘wow,u look gorgeous, sayang”. Korang tak perlu tampil dengan pakaian yang berjenama seperti AX( aku ler tu), Paul smith atau pun zara dan korang jugak tak perlu membazirkan duit korang untuk barang- barang yang baru. Sebaliknya aie sarankan korang buka lah balik almari ajaib korang tu.hehe. korang check list baju-baju yang nampak masih baru dan sesuai padankan.

Tips ini boleh membantu macam mana korang boleh tampil dengan gaya yang tersendiri.

1. Pakaian dan saiz badan
Saiz badan sangat penting memandangkan ianya harusla muat dengan pakaian yang hendak dipadankan. Baju atau seluar yang dipakai itu haruslah tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat. Walaupun baju yang dipakai tidak kelihatan menarik tetapi apabila ia muat sempurna pada badan, anda akan kelihatan lebih menarik.


2. Pakaian Yang Kelihatan Terang
Pastinya korang mahu menciptakan perhatian semasa bersama si dia ketika menikmati hidangan makan malam.wah!romantik nye sayerrr..!!haha.Pastinya korang mahu menyembunyikan apa yang dirasakan tidak sempurna.Caranya, gayakan pakaian yang tampak terang kerana ia memberi lebih fokus atau titik tumpu. Jika korang tidak pernah memakai merah jambu, apa kata gayakan warna itu. Namun biarlah sesuai dengan tona kulit anda.


3. Ringkas Tapi Hebat

Untuk casual date, padankan sehelai jeans dengan kemeja kasual. Sekiranya korang mahu mengekalkan gaya sporty, kemeja-T turtleneck adalah pilihan terbaik menggantikan kemeja-T biasa. Jika anda tidak mahu menggayakannya dengan jeans, khakis atau slack potongan baggy juga boleh laa.

Hitam adalah pilihan sempurna dinner date. Anda boleh memakai atau tampil kasual dengan memakai jeans berwarna hitam, dan padankan dengan kemeja atau kemeja-T berwarna maroon atau merah hati. Untuk ke parti formal, sut hitam dipadankan dengan kemeja terang adalah pilihan terbaik. Jika anda gemar memakai sneaker, tukarkan dengan kasut kulit. Ringkas, selesa dan bijak bergaya merefleksi stail serta sikap anda yang sempurna.


4. Pewangi

Menggayakan pakaian sempurna di badan pastinya tidak lengkap tanpa semburan pewangi yang menyerlahkan personaliti diri korang. Pewangi Eau de Parfum dan Eau de Toilette yang mengandungi ekstrak musky wood, citrus, vanilla, cedar wood akan menonjolkan lagi kelakian anda. Sebelum keluar, jangan lupa menggunakan deodorant.haha..aie yakin pasti kekasih hati korang asyik nak berkepit celah ketiak..haha


5. Pewangi Pilihan (Miami Playboy)
Tampan, menggoda dan seksi. Miami Playboy merupakan pewangi moden khas yang diadun dengan bergamot, epal, rosewood, cyclamen dan ekstrak jasmine, dan cedar yang menyerlahkan karisma lelaki. Daya tarikannya bagaikan magnet. Wajib Cube..!!








Incoming search terms: